Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

How To Cook Ayam Masak Kicap 🥘

How To Cook Ayam Masak Kicap 🥘

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
How To Cook Ayam Masak Kicap 🥘 JPEG Download
How To Cook Ayam Masak Kicap 🥘 JPEG Download
How To Cook Ayam Masak Kicap 🥘 JPEG Download
How To Cook Ayam Masak Kicap 🥘 JPEG Download
How To Cook Ayam Masak Kicap 🥘 JPEG Download
How To Cook Ayam Masak Kicap 🥘 JPEG Download

Hello semua, it's me Nad✨

Hari ini saya nak share dekat korang semua resepi mudah untuk buat ayam masak kicap. Btw resepi ni saya belaajar dari mak saya semasa saya duduk di rumah sewa.

Biasalah kan kita bujang kadang-kadang malas nak makan luar. Lagi-lagi kalau kita makan dekat luar kita tak tahu bahan apa yang tukang masak guna. Sekurang-kurangnya kalau kita yang masak sendiri kita tahu.

Okay gaiss antara bahan-bahannya:

Bahan-Bahan:

* 5 ketul ayam

* serbuk kunyit

* 3 ulas bawang putih (ditumbuk)

* 3 ulas bawang merah (ditumbuk)

* 2 cm halia (ditumbuk)

* 8 tangkai cili padi (dirumbuk)

* kicap manis secukup rasa

* 2 sudu besar sos tiram

* garam secukup rasa

Cara-cara

1. Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil.

2. Gaul dengan kunyit dan garam.Goreng separuh masak. Angkat dan letak ketepi.

4. Tumbuk kasar bahan seperti bawang merah & putih, halia, cili padi

6. Panaskan 4 camca besar minyak. Tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.

7. Masukkan ayam, sos tiram dan kicap, garam beserta sedikit air (1 cawan). Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.

Untuk hidangan yang lebih sedap korang boleh makan bersama sayur goreng. Macam saya masak taugeh & lobak merah goreng. Hmmm sedap sangat! Memang mudah nak buat ayam masak kicap ni. Tips nak lagi sedap korang boleh tambah lada hitam semasa last memasak and jangan lupa tumbuk dulu. Selamat mencuba ya gais!✨

#missnad #cookingideas #ayamkicap