从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法
桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。
PHOTOS | |||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 |
1. TART NENAS
Bahan-bahan:
* 3 1/4 cawan tepung gandum
* 2sb tepung jagung
* 2sb tepung kastard
* 3sb susu pekat
* 2sb minyak sapi
* 1 biji kuning telur
* sedikit esen vanila
* sedikit pewarna kuning
* jem nenas
Cara membuat:
1. kacau hingga sebati butter,minyak sapi,susu,kuning telur,pewarna dan esen vanila
2. masukkan 3 cawan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.kacau sehingga sebati
3. masukkan baki 1/4 tepung gandum kedalam adunan.
4. uli sampai menjadi doh
5. masukkan doh kedalam acuan tart anda
6. letakkan jem nenas ke atas tart dan gulungkan
7. susunkan tart ke atas dulang pembakar yang telah disapu dengan butter
8. sapukan kuning telur + pewarna kuning keatas tart anda
9. bakar tart pada suhu 160c selama 25 min.api atas bawah
2. CORNFLAKES MADU
Bahan-bahan:
* 1cawan butter
* 1/2 cawan madu
* 2sudu makan gula
* 2sudu makan susu pekat
* Cornflakes secukupnya
Cara membuat:
1. Cairkan butter dalam kuali dan masukkan gula, madu dan susu pekat.
2. Tunggu hingga berbuih dan masukkan cornflakes gaul hingga rata.
3. Sudukan ke dalam papercup dan taburkan coklat rice
Bakar suhu 150° selama 5minit.
3. BISKUT MAZOLA
Bahan-bahan:
* 1 cawan Kacang Tanah
* 1/2 cawan Gula - blend halus
(kalau taknak blend boleh guna gula halus.boleh adjust sendiri gula)
* 2 cawan Tepung Gandum
* 1/2 cawan Tepung Jagung
* 3/4 cawan Minyak Mazola
* Esen Vanilla
Hiasan
* Telur kuning
* Pewarna Kuning
Cara Menyediakan:
1.Kacang goreng tanpa minyak, pastu buang kulit, blender. Terpulang nak blend halus ke kasar. Ikut citarasa memasing.
2.Campur semua bahan gaul sebati kecuali minyak. Minyak masuk sikit2.
3.Gaul sampai jadi adunan.Kalau lembik boleh adjust tambah tepung gandum.
4.Simpan dalam chiller dulu dalam 1jam adunan. Ni rahsia nak bagi biskut rangup.saya simpan dalam 30 minit sahaja.
5.Dah sejam,keluarkan, bulat-bulatkan atau tekap guna acuan pun boleh. Hias dgn kacang, sapu kuning telur.
6.Bakar pada suhu 160°c , 20-25 minit, atau boleh adjust sendiri ya suhu, janji biskut masak.Ikut oven masing-masing.
Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
#RayaLemon8 #RacunLemon8 #RamadanEats #lemon8review #raya2023 #kuihraya2023 #ramadhan2023 #lemon8review #Recipe #kuihraya