Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

BISKUT RAYA SEMPERIT KLASIK✨

BISKUT RAYA SEMPERIT KLASIK✨

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
BISKUT RAYA SEMPERIT KLASIK✨ JPEG 下载
BISKUT RAYA SEMPERIT KLASIK✨ JPEG 下载
BISKUT RAYA SEMPERIT KLASIK✨ JPEG 下载
BISKUT RAYA SEMPERIT KLASIK✨ JPEG 下载
BISKUT RAYA SEMPERIT KLASIK✨ JPEG 下载

Hi semua! 😉 Saya mau share satu lagi idea biskut raya yang senang iaitu semperit klasik. Resepi ni saya ambil dari resepi che nom tapi saya tak guna pure butter. Saya ganti dengan marjerin. Tapi hasilnya tetap menjadi. ☺️

🎀 Bahan:

1 cwn marjerin

1 cwn gula aising

1 biji kuning telur

1 sdk esen vanila

1 cwn tepung kastard

1 cwn tepung jagung

2 sdb tepung beras

1 cwn tepung gandum

🎀 Cara:

1️⃣ Cairkan marjerin.

2️⃣ Masukkan gula aising dan kacau sebati.

3️⃣ Masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau sebati lagi.

4️⃣ Masukkan tepung kastard, tepung jagung, tepung beras dan tepung gandum. Uli hingga sebati. Kalau doh masih lembut, boleh tambah tepung gandum sikit-sikit.

5️⃣ Terapkan guna acuan tart nenas di atas loyang.

6️⃣ Potong panjang-panjang dan taburkan manik gula sebagai hiasan.

7️⃣ Panaskan oven dan bakar semperit dengan suhu 180° selama 10-15 minit atau ikut suhu oven masing-masing.

Siap! Bolehlah hidang masa raya nanti 😉

#biskutraya #kuihraya #semperitklasik #semperit #RayaLemon8 #RamadanEats #lemon8sharing #Lemon8Malaysia