从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法
桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。
PHOTOS | |||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 |
Hi 🤗 First time saya try buat roti golok ni. Resepi senang saja sebab guna bahan yang simple dan tak banyak sangat. Boleh follow resepi dekat bawah ya 😉
🎀 Bahan A:
½ cwn air
1 sdm yis
2 sdm susu pekat manis
2 sdm gula
Step 1: Bancuh bahan di atas dan biarkan selama 15 min atau hingga yis kembang.
🎀 Bahan B:
2½ cwn tepung gandum
1 sdk pelembut roti
1 biji telur
1 sdb planta/marjerin
Secubit garam
Air suam secukupnya
Step 2: Campurkan tepung gandum, pelembut roti, telur, marjerin dan garam sebati.
Step 3: Kemudian, masukkan Bahan A. Uli sebentar dan masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
Step 4: Rehatkan doh selama 15-30 minit.
Step 5: Uli doh untuk keluarkan angin dan bolehlah pintalkan doh ikut bentuk roti yang anda mahu.
Step 6: Rehatkan roti hingga naik 2 kali ganda.
Step 7: Sapu tray dengan minyak dan bakar roti dengan suhu 200° atau ikut suhu oven masing-masing selama 15-20 minit.
Step 8: Sapukan planta pada roti dan salut dengan gula. Nak lagi sedap boleh tambahkan susu tepung.
Done!
Selamat mencuba 🤗
*** Gunakan tepung roti high protein/ superfine untuk hasilkan roti yang lagi sedap.
#homemaderecipe #homemadefood #rotilembut #rotigolok #rotibutter #rotigula #lemon8sharing #Lemon8Malaysia