Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Proper Amount of Skincare Application 🤩

Proper Amount of Skincare Application 🤩

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Proper Amount of Skincare Application 🤩 JPEG Download
Proper Amount of Skincare Application 🤩 JPEG Download
Proper Amount of Skincare Application 🤩 JPEG Download

Hello my love <3 it’s me Jamy Here!!💗

Untuk hari ini, I nak bagitahu korang berapakah jumlah cecair produk penjagaan kulit yang benar untuk digunakan. I percaya ramai orang sekarang ni sangat pentingkan skincare untuk kecantikan tetapi tidak ramai yang tahu berapakah jumlah yang betul untuk kita gunakan.🤔

Setiap individu pasti mempunyai sekurang-kurangnya 3 produk penjagaan kulit asas yang digunakan di dalam rutin pembersihan harian. Ia termasuklah pembersih dan pencuci muka, krim pelembab dan juga pelindung matahari. Untuk orang yang sudah mahir dalam penjagaan kulit pasti ada produk tambahan seperti penyegar, serum, krim mata, mask dan banyak lagi. ✨

Untuk memastikan korang dapat jumlah cecair yang diperlukan, jom I kongsi kat korang tentang jumlah produk yang perlu digunakan untuk setiap skincare. 😍

1. Pembersih (Cleanser)

Amaun yang diperlukan untuk pembersih muka adalah kira-kira 10 miligram atau 2/3 sudu. Jumlah ini sangat cukup untuk membersihkan keseluruhan muka kerana apabila bercampur dengan air, ia akan menghasilkan buih yang banyak dan cukup untuk kita gunakan dari dahi ke dagu, serta leher.

2. Krim Mata (Eye Cream)

Kawasan mata adalah kecil dan krim mata boleh membawa hasil anti-penuaan yang sangat hebat. Jumlah yang betul adalah sebesar kacang sahaja dan cukup untuk kedua belah mata.

3. Pelembap (Moisturizer)

Untuk pelembap pula sekurang-kurangnya 2 miligram cukup untuk menghidratkan seluruh wajah dan leher.

4. Serum

Cukup gunakan 2 titis sahaja untuk kulit wajah. Jika terlalu banyak, kulit akan terasa berminyak.

5. Sunscreen

Gunakan 2 ruas jari tangan iaitu jari telunjuk dan jari tengah. Cukup untuk seluruh wajah.

6. Mask

Hanya gunakan jumlah bersaiz duit syiling 20 sen atau suku.

7. Exfoliant

Hanya gunakan jumlah bersaiz duit syiling 20 sen atau suku.

Kena ingat tau, semua produk tak perlu kuantiti yang banyak untuk dapatkan hasil yang baik untuk kulit.🥰✨