Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

BAKLAVA PISTACHIO LAYER CAKE✨

BAKLAVA PISTACHIO LAYER CAKE✨

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
BAKLAVA PISTACHIO LAYER CAKE✨ JPEG Download

Kek Lapis Baklava viral di Kuching Sarawak

KEK LAPIS BAKLAVA KAYANGAN DIJUAL HARGA RM650 ....🥰🥰🥰

Nak Tahu kenapa Mahal.....🥹

Memang harus Mahal sbb bahan2 mmg super Premium...

Cara nk buat kene byk sabar ...😍

Cube beli kacang Pistachios Baru Tahu Rega nya😂...Satu kek kene pakai dlm 650gram kacang Pistachios 😌

Bahan2 sgt rare...Ada baby cerelac...

🛒

Berikut adalah resipi nya...boleh Cuba buat ya...

Resepi “ Kek Lapis Baklava ”

A. Sirap Gula ( utk spray)

5 cup Gula

3 1/2 cup air

Setengah biji Lemon Jus

- masak 15 minit

B. Homemade Pistachios FiLling

250gm Pistachio ( bakar sekejap)

250gm White Chocolate ( di cairkan)

80 gm mintak jagung

1/4 tsp garam

- blend sampai halus dan Letak sedikit perwarna hijau

- Masukkan dlm piping beg

C. 450gm Pure Butter Salted

50gm Gula halus

1 sudu makan ovalate

250 gm Cream cheese

1/4 tsp Garam

( Pastikan Bahan semua dlm suhu bilik )

D. 12 biji telor A ( kalau telor B guna 14 biji )

E. 250gm Susu pekat

150gm Seri Kaya

1 TBSP Premium Vanila

( pure xtract vanilla bean rm21 botol kecik )

1 tsp serbuk Vanila

F. 200gm tpg Hongkong / tpg pau

1 tbsp tepong potato

150gm Horlick

50gm creamer

75gm susu tepong

25gm cerelac Baby food

50gm Parmesan Cheese

1 tbsp serbuk cheese warna putih

1 paket santan Kara

( satukan semua, pastikan tepong di ayak )

G. 50gm Dairy Cream

Pewarna putih secukupnya

H. 480gm pistachio cincang

- bahagian 8 siap2

( untuk tabur dekat lapisan )

Cara Membuat 👇

-Sediakan bahan A Dan Bahan B dahulu dan ketepikan

-Pukul Bahan C sehingga kembang putih

-Masukkan Bahan D sikit2 dan pukul sebati

-Masukkan bahan E dan Pukul sebati

-Masukkan bahan F sikit2 Pukul sebati

-Masukkan Bahan G dan sebatikan

Cara melapis 👇

- Bahagikan adunan kepada 15 adunan

- bakar guna api atas sahaja

( suhu 150’c )

( loyang 8.5x8.5 jenis tinggi )

- lapisan pertama piping kan pistachio filling secara menyerong secukupnya dan tabur 60 gm pistachio cincang

- selepas masak spray dengan air gula

( jangan terlampau Banyak , Dan air Gula hanya Di spray dekat lapisan yg Ada pistachio )

- seterusnya lapisan kosong , bakar sampai masak

- lapisan ketiga , piping filling pistachio dan tabur pistachio

- ulang step sampai habis

- Akhir sekali, selepas lapisan masak dan di spray dgn sirap gula, bakar sekejap dan siap 😋

Selamat mencuba 🥰😍😇🌈

Credit to Abg K'ju Cake House