Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐

Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download
Pengalaman di Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim,🌳💐 JPEG Download

Hi Lemon8 !

Saja nak share untuk anyone yang nak vacation ke family gathering ke, sesuai pergi ke Bonda Valley Rumah Hutan Bonda Rozita

Dekat Bonda Valley ni ada bermacam jenis rumah, ada rumah hutan (yang ni dalam hutan sikit), rumah sungai (berdekatan dengan sungai), rumah kaca, dan beberapa buah rumah lagi (mohon check di website official Rumah Bonda Rozita Ibrahim ya).

Macam sis, sis ambil 2 buah rumah. Rumah Hutan Camelia (seperti dalam gambar) dan Rumah Hutan Alamanda (sis tak sempat ambil gambar).

Rumah Hutan Camelia ni kakak ipar sis dan suami dia beserta 2 orang kanak-kanak (anak kak ipar) bawah 2 tahun stay situ. Kiranya kapasiti dia 2 orang je boleh, kalau lebih kapasiti kene bayar ya. Yang ni rumah dia stail studio, iaitu bilik tidur dan 1 bilik air. Kalau untuk sesiapa yang honeymoon ke atau pergi berdua, sesuai ambil bilik yang ni.

Untuk rumah Alamanda (rumah penginapan sis dan suami, mak, ayah, adik ipar), boleh memuatkan 4-5 orang. Ada 2 bilik tidur dan 1 bilik air. Sis suka sabun yang disediakan di bilik air, sabun dia best. Pakai tu tak gatal kulit malah hilang gatal, lembut dan mencerahkan.

Banyak tau disediakan untuk penginap Rumah Hutan Alamanda ni (sis boleh cerita apa yang ada sebab sis stay rumah hutan tu). Ada iron board, iron, sabun mandi, sabun basuh pinggan, aircond, tv, fridge, water heater, sejadah, tuala.

Dekat Rumah Camelia dan Alamanda ni ada bbq pit tau, boleh buat bakar bbq memalam, tak perlu dah nak bawa bbq pit. Tinggal nak bawa arang dan mancis je. Kalau korang tak bawak arang, jangan risau, arang boleh dibeli semasa check in ya. 1 kg arang - RM 20. Siap dorang offer nak hidupkan api. Kalau tak beli masa check in, boleh call hotline diorang, nanti staff bawakan arang dekat korang.

Ada pokok rambutan ya korang sebelah rumah Camelia ni. Kalau musim dia, boleh la ambil buah rambutan yang dah masak tu pastu makan. Tapi masa kami sampai, takde luck. Buah bukan musim.

Kat Bonda Valley ni ada sungai persendirian. Air dia best, segar, dan bersih. Tapi kalau pergi pagi, air dia deras sikit. Yang ni dekat dengan rumah sungai (sis nak book yang ni tapi full house already pada hari itu 🥲).

Nak pergi ke penginapan, kena naik tuktuk tau korang. Pergi balik dikira RM10. Tapi biasa sis kena ni bila nak pergi ke sungai je sebab warung makan dekat je dengan rumah hutan jadi jalan kaki sikit je dah sampai.

Makanan sedap, lagi satu kan, dapat free 2 pax breakfast untuk setiap penginapan. Makanan sis dapat masa tu nasi lemak, kuih-muih, tea'o. Makan sambil dikelilingi pokok, sangat tenang. Lupa nak bagitahu, masa check in siap dapat free gift lagi, sis lurve 😍

Selain tu, Rumah Bonda Rozita Ibrahim ni menawarkan pakej urutan tau. Sebelum korang check in, staff mereka akan whatsapp korang dan bagitahu pakej apa yang ada dan menerima booking jika ada kekosongan. Mereka ada menawarkan juga produk kesihatan dan kecantikan. Kalau nak check produk apa mereka ada, boleh pergi ke butik dalam pekarangan tempat tu juga.

Apa-apa pun sis dan family enjoy datang ke sini. Layanan staff pun sangat terbaik dan mantap dalam melayan tetamu. Sangat berpuas hati 🥰

Rasa macam banyak lagi benda nak story, tapi sis stop dulu sampai sini. Sis nak korang rasa sendiri pengalaman pergi sana. One of my recommend place to go 🥰

Act, mak mentua yang nak cari tempat penginapan yang natural, rumah jenis perkampungan. Then, jumpa la Rumah Bonda Rozita Ibrahim. Thank you very much 🥰

#BerbezaItuNormal #TakSangka #WeeklyChallenge #Lemon8 #Lemon8Malaysia #lemon8review #lemon8sharing #rumahhutan #HealingTime #recommendationplaces