The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
VIDEO | |||
MP4 | Original Video | Download | |
PHOTOS | |||
JPEG | Download |
Hi lemon8tion~
hari ni I nak share resepi bihun soto yang I selalu masak kat rumah. Resepi ni simple sahaja. Korang tak perlu guna banyak bahan2 pn.
Resepi sup daging:
1. blend
-bwg merah besar 2 biji
-bwg putih 6-7 ulas
-lengkuas besar ibu jari
-halia besar ibu jari
2. serai (diketuk)
3. rempah sup tulang adabi
4. serbuk perencah sup adabi
5. kiub ayam
6. garam
7. daging
Tumis rempah sup tulang & serai. Kemudian masukkan bahan blend & perencah sup adabi (3 sudu mkn). Tumis sampai naik bau. Masukkan potongan daging. kemudian masukkan air ( sukatan air ikut citarasa masing2. Kalau nak pekat boleh kurangkan air). kemudian perasakan dgn kiub ayam dan garam. Jumlah kiub ayam dan garam tu pn ikut selera masing2. Masak sampai daging lembut.
Resepi begedil kentang:
1. kentang dipotong nipis
2. daun sup
3. bawang goreng
4. perasa & garam
5. Telur ayam
goreng potongan kentang sampai lembut. kemudian, lenyekkan kentang sampai hancur. masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. perasakan dengan perasa dan garam. Uli dan bentukkan kecil2. Kemudian salutkan dengan telur ayam. goreng sampai keperangan.
Resepi sambal kicap:
1. cili padi merah/hijau
2. bawang goreng
3. bawang putih
4. perasa & garam
5. kicap manis
6. limau kasturi
blend cili padi, bawang goreng, bawang putih, jus limau kasturi dan kicap manis. Kemudian perasakan dengan bahan perasa & garam.
Condiments:
1. bihun
2. begedil kentang
3. daun sup
4. bawang goreng
5. telur rebus
6. isi ayam
7. limau kasturi
boleh dihidang dengan sambal kicap.