Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Resepi Tauhu Bergedil Dan Sambal Kicap Padu 🤤🫶🏻

Resepi Tauhu Bergedil Dan Sambal Kicap Padu 🤤🫶🏻

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
Resepi Tauhu Bergedil Dan Sambal Kicap Padu 🤤🫶🏻 JPEG Herunterladen

𝓑𝓪𝓱𝓪𝓷-𝓑𝓪𝓱𝓪𝓷 :-

Untuk Tauhu Bergedil :-

📌300g / 25-30 biji tauhu kering

📌½ biji bawang besar

📌150g daging kisar

📌6-7 biji kentang

📌3 tangkai cili merah

📌sedikit daun sup

📌½ cawan bawang goreng

📌½ sudu kecil lada sulah

📌garam secukup rasa

📌2 biji telur

📌secubit garam

Bahan-bahan untuk cili kicap:

📌½ biji bawang besar

📌3 biji bawang merah

📌5-6 ulas bawang putih

📌10 tangkai cili padi

📌2 tangkai cili merah

📌sedikit minyak

📌Anggaran 1 cawan kicap manis ABC

📌Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang

𝓒𝓪𝓻𝓪 𝓬𝓪𝓻𝓪 𝓶𝓮𝓶𝓪𝓼𝓪𝓴 :-

1) Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.

2) Cincang halus daun sup dan cili merah.

3) Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar.

4) Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.

5) Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.

6) Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.

7) Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.

8) Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.

9) Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.

10) Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.

11) Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.

12) Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.

13) Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.

14) Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.

15) Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.

𝓒𝓪𝓻𝓪 𝓶𝓮𝓶𝓫𝓾𝓪𝓽 𝓴𝓲𝓬𝓪𝓹 𝓹𝓮𝓭𝓪𝓼 :-

1) Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.

2) Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.

3) Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.

4) Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.

Selamat Mencuba love ! 🥰

#Lemon8Ramadan #Lemon8MomsClub #Lemon8Diary #BeReal #Lemon8 #ramadhan2024 #ramadhankareem🌙 #ramadhanmenu #ramadhanlemon8 #ramadhanrecipe