The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download | ||
JPEG | Download |
RESEPI KUIH PAU
Bahan A
1 cawan air suam
1 sudu besar yis (brand saf bagus kurang bau)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat
- masukkan semua bahan dlm bekas, kacau rata dan biarkan hingga berbuih.
Bahan B
500 g tepung pau/ tepung gandum
3 sudu besar shortening
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver/cream super ( jika ada)
Secubit garam
Bahan C
Inti kacang merah/ inti kaya/ inti coklat ( beli yg ready made, ada jual di bakery)
Baking paper atau daun pisang untuk alas kuih pau.
Boleh juga guna papercup.
Cara:
- satukan bahan B dan gaul rata hingga jadi serbuk.
- masukkan bahan A ke dlm bahan B.
- gaul rata dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
- tambah air jika doh terlalu keras. ( sukatan air bergantung pada jenis tepung yg digunakan)
- pastikan doh cukup lembut, tidak keras dan tidak lembik.
- tutup doh dan rehatkan 10 minit.
- bahagikan doh dan timbang ikut selera. (Sy timbang 45g setiap satu, dapat 19 ketul)
- tutup doh dgn plastik dan rehatkan 15 minit.
- selepas 15 minit bolehlah masukkan inti. (sy guna inti kacang merah ready made)
- susun dlm kukusan dan tutup. Tunggu hingga kembang. ( lebih kurang 15/20 minit bergantung pada cuaca)
- sementara itu didihkan air kukusan.
- kukus pau 7 hingga 8 minit api sederhana. Pastikan balut penutup kukusan dgn kain bersih ketika proses mengukus supaya wap tidak menitik atas pau yg akan menyebabkan pau kereput.
- selepas 8 minit, angkat tanpa membuka penutup kukusan, biarkan 3 minit baru buka perlahan2 supaya pau tidak mengecut.
- sambung mengukus untuk pau seterusnya.
SEKIAN SELAMAT MENCUBA