Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

SARAPAN RINGKAS : SANDWICH TELUR MATA

SARAPAN RINGKAS : SANDWICH TELUR MATA

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
SARAPAN RINGKAS : SANDWICH TELUR MATA JPEG Download
SARAPAN RINGKAS : SANDWICH TELUR MATA JPEG Download
SARAPAN RINGKAS : SANDWICH TELUR MATA JPEG Download
SARAPAN RINGKAS : SANDWICH TELUR MATA JPEG Download

Assalamualaikum,hai ! menu sarapan kali ni mamija nak share dengan korang sarapan yang ringkas,sedap dan mudah iaitu sandwich telur mata . menu ni memang mudah korang kena cuba buat ni .OK,yang mana xnak ambik heavy breakfast or tak nak makan nasi sesuai la makan ni sebab bukan setakat mudah je ia nya juga mengenyangkan.

Bahan-bahan :

-Daun salad

-Tomato (di hiris)

-Mayonis

-Butter

-Roti putih

-Telur

1.Sapukan butter pada roti pada kedua-dua bahagian .

2.panaskan kuali/fry pan kemudian bakar roti di kuali dengan api sederhana . pastikan korang kawal roti ni takut terhangus pulak hehe .

3.Masakkan sebiji telur yang ni ikut la korang nak telur tu betul-betul masak atau separuh masak .

4.Letakkan mayonnaise di atas roti.

5.Letakkan sayur salad di atas roti.

6.Letakkan Tomato yang telah di hiris.

7.Letakkan telur yang telah di masak.

8.Letakkan lagi mayonnaise di atas telur kuantiti ikut nak banyak mana.

9.Letakkan sos cili ikut korang nak banyak mana kalau mamija suka letak banyak-banyak hehe .

10.untuk penutup letakkan roti ok dah siap 😃

mudah je kan hehe ok korang boleh la try buat sandwich telur mata ni boleh la korang tukar-tukar menu sarapan .Selamat mencuba ! jom follow mamija for more resepi , tips & info ❤️

#CookwithLemon8 #sandwich #sandwichtelurmata #mamijacook #food #eatwithLemon #l8nab #l8nbe