Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8
Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.
PHOTOS | |||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать |
📍 Positano Risto, Publika
Rating: 4/5
Salam sejahtera.
Team Malaysia Foodie nak share satu restoran yang menyediakan risotto yang sangat lazat! Korang tahu tak sebenarnya risotto dimasak menggunakan arak, jadi susah sangat untuk orang Muslim cari risotto yang halal. Positano Risto dicipta untuk memberi peluang kepada pelanggan Muslim pengalaman makan makanan Itali tanpa alkohol yang menakjubkan!
Mereka menyediakan makanan yang lazat hanya menggunakan bahan-bahan halal yang berkualiti tinggi. Dengan suasana yang unik, perkhidmatan yang hebat, berbuat baik pada masyarakat juga, macam mana tak jatuh cinta?
Kami order:
Mushroom bruschetta: Roti sourdough dihiasi dengan cendawan yang dimasak dengan sempurna
RM 16.95
Seafood risotto: Nasi Arborio Itali dimasak dengan sos bisque dan makanan laut seperti kerang, sotong dan udang harimau.
RM 49.95
Spaghetti seafood marinara: Spaghetti dihidangkan bersama sos bisque dan dicampur dengan makanan laut seperti udang harimau, kerang, sotong.
RM 49.95
Crème brulee: Pencuci mulut yang diperbuat oleh krim kastard dengan lapisan gula karamel pada atasnya.
RM 20.95
Bagi MF team, seafood risotto merupakan highlight kami pada malam itu. Kami menggalakkan korang untuk cari makanan Itali yang sedap dan halal di restoran ini.
Alamat: Block C1, Lot 2, Level G3, Publika Shopping Gallery, No. 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11am – 10 pm