Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

DAY 1 : TRIP SURABAYA 2024

DAY 1 : TRIP SURABAYA 2024

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

VIDEO
MP4 Original Video Télécharger
PHOTOS
DAY 1 : TRIP SURABAYA 2024 JPEG Télécharger

TRIP JALAN2 JAWA TIMUR - Simpan.sini buat kenangan.

HARI PERTAMA (09/09/2024)

Penantian menjelajah Surabaya -Lumajang- Bromo- Kota Batu selama 6H5M akhirnya tiba juga. Kami berenam mula berkumpul di Terminal 2 KLIA seawal 5 pagi. Empat orang dari kami adalah geng Jogja tahun lepas dan tambah 2 orang lagi. "The more the merrier".

Selepas 2 jam 40 minit kami selamat sampai di Juanda International Airport. Pak supir merangkap tour guide dan photographer kami Mas Ambon dari Ayunita Dewi Exotic Java Adventure sudah sedia menunggu.

Mas Ambon nak ikut lebuhraya untuk pergi ke Lumanjang jadi kami tidak singgah rumah warna warni kerana bukan satu jalan. Singgah makan tengahari di RnR di daerah Sidoarjo. Aku makan Bakso (Rp37,000) dan jumpa juga kedai Roti Boy disini!!

Kami singgah solat jamak taqdim di Mesjid Agung Raudlatul Jannah Kota Prolinggo yang berhadapan dengan Alun-Alun Probolinggo.

Singgah beli sim kad di Telkomsel Probolingo (alah lambat lak kat sini - dan terbengkalai niat singgah kafe sambil tunggu sunset). Simcard itu berharga Rp100,000 untuk 50GB kuota sebulan. Line terbaik weh!

Perjalanan diteruskan dan akhirnya jam 8 malam WIB kami sampai ke Lumajang. Singgah Indomaret dulu untuk beli jajan dan barang keperluan lain-lain.

- Sebelum check in mih kita makan malam di Pondok gurame NAGAREMA Pronojiwo dan kami memilih nasi ayam penyet jer . Alhamdulillah kenyang.

- Akhirnya sampai juga kami di Tumpak Sewu homestay. Cantik tau cuma dah malam apapun tak nampak. Penat tak usah cakaplah dek masa perjalanan agak panjang.

TAMAT DAY 1.. Syukur...

#tripsurabaya #kawanjalan #setahunsekali #BerbezaItuNormal #happycarakita