Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Sambal Sotong Kasih Sayang 🦑

Sambal Sotong Kasih Sayang 🦑

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

VIDEO
MP4 Original Video Descargar
PHOTOS
Sambal Sotong Kasih Sayang 🦑 JPEG Descargar

Kenapa kasih sayang? Sebab suami terchintahh request nak bawak bekal pergi kerja sambal sotong… dan dimasak pada waktu tengah malam sebab esoknya kita kerja shift 6.30am… masak awal takpe, esok pagi panaskan semula…

So ini resipi sambal sotong air tanganku 😊

Bahan-bahan:

- sotong

- minyak

- bawang merah (blend)

- bawang putih (blend)

- cili kisar

- garam | gula | perasa

- asam jawa / asam keping

1) sotong dibuang air dahulu supaya nanti bila masuk dalam sambal, air sotong tak menjadikan sambal sotong tu cair.

2) panaskan minyak,, tumis bahan yg di blend sehingga naik bau, selepas itu masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Minyak tu lebih sikit pon takpe,, supaya mengelakkan lauk basi dgn cepat. Tapi ikut suka la nak minyak lebih atau biasa je..

3) bila sambal dah pecah minyak masuk garam, perasa, gula dan asam keping / asam jawa.

4) selepas itu masukkan sotong dan gaul sehingga masak… dah siapp!

Selamat mencuba.. 🫰

#Lemon8Malaysia #MasakanRumah #resipimudah #foodpreparation