Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

BUMM BUMM BOLE

BUMM BUMM BOLE

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
BUMM BUMM BOLE JPEG Tải xuống

SPOILER ALERT

.

.

.

1. Selepas Taare Zameen Par, saya tertanya-tanya filem apakah lagi yg dilakonkan oleh pelakon berbakat Darsheel Safary ini. Jadi, saya temui filem ini. Tidaklah sehebat Taare Zameen Par, namun lakonan si cilik ini (sekarang sudah dewasa) ternyata masih cemerlang.

2. Filem ini turut menampilkan Atul Kulkarni sebagai watak utama yg memegang watak bapa untuk Darsheel Safary, release pada tahun 2010.

3. Bumm Bumm Bole mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yg bijak dan matang kerana telah terbiasa hidup dalam kemiskinan bersama ibu dan ayahnya.

4. Namun begitu, Pinu tidak pernah sesekali menjadi anak yg menyusahkan ibu dan ayahnya. Selalu mendapat tempat pertama dalam kelas dan sentiasa membantu ibu bapanya membuat kerja-kerja rumah.

5. Selepas ayahnya kehilangan kerja, hidup mereka sekeluarga menjadi bertambah sukar. Suatu hari, ayahnya meminta Pinu pergi ke toko kasut untuk menjahit sepatu adiknya, Rimzin.

6.Disamping itu, ayahnya turut meminta Pinu ke kedai runcit untuk berhutang 2kg beras demi kelangsungan hidup. Sewaktu memujuk tuan kedai memberi hutang, Pinu tidak menyedari sepatu Rimzin yg telah siap diperbaiki diambil oleh pengutip sampah tanpa sengaja.

7. Pinu pulang ke rumah dengan perasaan yg sangat tertekan dan takut untuk memberitahu ibu dan ayahnya akan kehilangan sepatu Rimzin. Lalu Pinu memberi idea kepada Rimzin supaya berkongsi kasut miliknya untuk ke sekolah.

8. Ini kerana mereka bersekolah berlainan sesi jadi mereka akan bergilir-gilir memakai sepatu tersebut sampailah ayahnya berkemampuan membeli sepatu yg baru.

10. Pinu kerap terlewat ke sekolah kerana menunggu sesi persekolahan Rimzin tamat untuk mengambil giliran memakai kasut tersebut. Dia hampir dihalau oleh Guru Besar sekolah namun salah seorang gurunya yg baik hati berjaya membelanya.

11. Pinu pernah melakukan kerja terlarang tanpa disedari semata-mata ingin mendapatkan wang demi membelikan sepasang sepatu baru untuk adiknya.

12. Akhirnya Pinu mendapat idea untuk menyertai pertandingan larian marathon antara sekolah dan berusaha untuk mendapatkan tempat ketiga. Ini kerana pemenang tempat tersebut akan dihadiahkan sepasang kasut Adidas.

13. Pinu berlari dengan nekad dan bersungguh-sungguh namun dia telah mendapat tempat pertama dan membawa pulang hadiah lain dengan perasaan yg sungguh kecewa.

14. Filem ini merupakan sebuah filem yg diadaptasi dari filem Iran yg bertajuk Children Of Heaven pada tahun 1997. Filem tersebut telah mendapat pencalonan di Academy Award untuk kategori Best Foreign Language Film pada tahun yg sama.

15. Tajuk Bumm Bumm Bole telah diambil dari salah sebuah tajuk lagu filem lakonan Darsheel Safary, Taare Zameen Par. Apa pun Bumm Bumm Bole merupakan sebuah filem yg saya agak suka dan mempunyai happy ending.

#lemon8review #RacunLemon8 #leyamenulis #filmreviewleyaalias