Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

ROGUE

ROGUE

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
ROGUE JPEG Download

SPOILER ALERT

.

.

.

1. Selepas saya tulis tentang filem Black Water: Abyss tak lama dulu, ada ahli group di FB komen tentang filem Rogue ni. Dia kata filem Rogue ini antara movie buaya yang best. Dan betul, cerita ni tak menghampakan. Terima kasih sebab rekomenkan.

2. Rogue mengisahkan tentang sekumpulan pelancong yang menaiki bot menelusuri sungai untuk melihat habitat buaya dan buaya itu sendiri. Mereka bergembira sepanjang perjalanan dengan ditemani oleh pemandu bot itu sendiri yang merangkap sebagai pemandu pelancong mereka, Kate.

3. Ketika mahu berpatah balik ke jeti, seorang dari mereka melihat suar di ruang udara. Walaupun dibantah oleh beberapa orang, Kate tetap nekad untuk pergi meninjau melihat apa yang berlaku. Mereka kemudiannya melewati kawasan yang dikatakan 'keramat' dan disinilah bermula segala malapetaka.

4. Bot mereka dilanggar oleh seekor buaya pemangsa yang sangat besar dan menyebabkan bot yang mereka naiki karam. Mereka terdampar di sebuah pulau kecil, hari semakin gelap dan air mula pasang. Seorang demi seorang dari mereka mati dibaham buaya pemangsa yang ganas. Mereka cuba mencari jalan untuk menyeberang ke daratan sebelah kerana pulau kecil yang mereka bertahan hampir tenggelam sepenuhnya.

5. Filem ni ok. Lebih baik dari filem buaya yang saya review sebelum ni. Walaupun bertemakan survival juga, cerita ni agak lain sikitlah dan tak nampak klise sangat. Buaya juga kelihatan memang menakutkan dan tak segan-segan tonjolkan diri. Walaupun filem ni dah lama, ia masih sebuah filem yg bertemakan buaya pemangsa yang best ditonton.

#RacunLemon8 #leyamenulis