Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

"Jika WANITA tak faham ilmu AGAMA"

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
JPEG Tải xuống

Isteri yang kuat rohaninya akan tetap tenang menghadapi ujian menerpa.

Isteri yang teguh imannya akan tetap tabah walau sebesar apa masalah yang menimpa.

Jatuh, dia bangun.

Rebah, dia bangkit semula.

Kerana dia tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuannya.

Kerana dia yakin, Allah itu tidak pernah zalim. Susah senang, sihat dan sakit, ketawa dan air mata, semua adalah berjalan diatas Qada dan QadarNya yang Azali.

Menangis tidak salah.

Menangis bukan petanda kita lemah.

Menangislah semahu mu,

mengadulah pada Allah.

Dia maha mendengar,

Dia maha mengetahui.

Doalah, merayulah.

Allah ada, Allah suka, suka pada hambaNya yang ikhlas dalam meminta.

Usai menangis, sekalah air mata mu.

Kuatkanlah langkah kaki mu.

Kerana segala kesulitan yang ada di dunia tidaklah sebanding dengan kesusahan di Akhirat.

Andai kau mengalah dengan ujian dunia, adakah kau akan mampu menanggung kesusahan di kehidupan sana kelak?

Jangan putus asa, jangan sekali-kali.

Allah tidak Redha pada hamba yang berputus asa dengan RahmatNya, kerana putus asa itu sifatnya iblis laknatullah.

"Saya sudah solat 5 waktu. Saya sudah usaha banyakkan amalan zikir. Baca Al Quran setiap hari. Tapi kenapa iman saya masih rapuh? Kenapa saya masih suka mengeluh? "

Sekarang tanyalah diri,

apakah sudah kenal akan Tuhan?

Ilmu Tauhid sudah kemaskah didalam dada?

Perihal Qada Qadar Allah apakah sudah diperhalusi?

Bagaimana pula dengan ibadah hati,

sudah kah dalami ilmu Tasawuf?

Boleh bezakah yang mana sifat Mazmumah yang mana sifat Mahmudah?

Pokok pangkalnya, tanya diri apakah sudah lunas ilmu Fardhu Ain?

Ilmu yang wajib dipelajari sebelum umur baligh lagi. Maka marilah kita tepuk dada, tenung diri. Adakah ini penyebab rapuhnya iman di hati?

Tauhid, Feqah, Tasawuf. Inilah ilmu yang Fardhu. Sebagaimana wajibnya solat 5 waktu, terlebih wajib lagi mengaji ilmu Fardhu ain itu.

Pesanan ini tiadalah lain di tulis buat diri sendiri jua,