Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

RESEPI TAKOYAKI HOMEMADE

RESEPI TAKOYAKI HOMEMADE

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

VIDEO
MP4 Original Video Скачать
PHOTOS
RESEPI TAKOYAKI HOMEMADE JPEG Скачать

BAHAN ADUNAN TEPUNG: (26-30 biji)

1 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu makan tepung jagung

2 biji telur

1 3/4 cawan air

1 sudu makan serbuk perasa ayam

1 sudu teh garam

2 sudu makan minyak masak

1 sudu teh baking powder

BAHAN INTI:

Sotong/ udang/ crab stick/ sosej – hiris kecil

Daun bawang – hiris nipis

Kubis bulat – mayang halus

Lobak merah – diparut halus

BAHAN SOS TAKOYAKI:

1/2 cawan sos tomato

1/2 cawan air

1/2 cawan kicap lemak manis

1 sudu makan tepung jagung

1/2 cawan gula

Madu secukupnya

BAHAN HIASAN:

Sos Takoyaki

Mayones

Bonito Flakes – boleh beli di pasar di bahagian makanan Jepun @ beli Bonito Flakes Halal secara online

CARA MEMASAK:

1.Campurkan semua bahan-bahan tepung dalam bekas besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

2. Panaskan acuan takoyaki

3. Tuang adunan tepung dalam lubang acuan hingga 3/4 penuh.

4. Letakkan inti sotong, udang, crab stick atau sosej di setiap lubang.

5. Taburkan hirisan lobak merah, daun bawang dan kubis dengan secukupnya.

6. Tuangkan lagi adunan tepung sampai agak-agak nak melimpah.

7. Pusingkan bebola Takoyaki sampai dapat bentuk bebola

8. Renjiskan minyak masak di celah acuan dari semasa ke semasa. Teruskan sampai nampak garing

9. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.

10. Untuk sos, campur semua bahan dalam periuk. Kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.

11. Angkat, tambahkan madu dan gaul rata.

12. Bila sejuk masukkan sos ke dalam botol untuk mudah diratakan atas Takoyaki nanti.

13. Picit sos, mayones di atas Takoyaki dan taburkan bonito flakes dengan secukupnya.

14. Takoyaki homemade paling sedap sedia untuk dinikmati.

#RacunLemon8 #Malaysia #lemon8skintest #foodie #CookwithLemon8 #resepi #lemon8 #lemon8food