Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Ramai Sangka Ini Brand Luar Negara!

Ramai Sangka Ini Brand Luar Negara!

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Ramai Sangka Ini Brand Luar Negara! JPEG Download
Ramai Sangka Ini Brand Luar Negara! JPEG Download
Ramai Sangka Ini Brand Luar Negara! JPEG Download
Ramai Sangka Ini Brand Luar Negara! JPEG Download
Ramai Sangka Ini Brand Luar Negara! JPEG Download
Ramai Sangka Ini Brand Luar Negara! JPEG Download

Hi 🍋!

Tahu tak sebenarnya banyak jenama besar buatan Malaysia yang selama ni orang sangka berasal dari luar negara. Jenama-jenama ni semuanya biasa bawak imej mewah, jadi orang terus ingat jenama luar. Malaysia memang banyak barang buatan tempatan yang bagus.

Antara brand Malaysia yang disangka dari luar negara;

1. Bonia (Sembonia dan Carlo Rino)

-Perempuan confirm tahu jenama ni! Siapa yang suka handbag tu confirm lagi tau. BONIA Corporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan S.S. Chiang. Handbag dia yang latest semua mengiurkan ye!

2. Fipper

- Selipar jepun paling selesaaaaa! Rasanya hampir semua orang pakai selipar ni 🤣. Kalau pergi mall mesti jumpa outlet dia kan? Padahal jual selipar je pon. Brand ni diasaskan oleh Jack Lim masa 2008.

3. Gardenia

-Roti yang jadi rebutan masa PKP aritu ni memang produk kebanggaan Malaysia! Gardenia Food Industries telah diasaskan di Sabah oleh Datuk Wong Tze Fatt.

4. The Manhattan Fish Market

- lye, ini memang brand Malaysia dik nonnn. Jenama ni diasakan oleh dua orang kawan baik, George Ang dan Dr Jeffrey Goh. Bukan setakat kat Malaysia, sekarang restoren ni ada kat Qatar, Oman, Bangladesh, Jepun, Sri Lanka, India dan juga Myanmar. Power!

5. Big Apple

- Aku pon terkejut ye masa tau sebenarnya brand ni produk Malaysia. Donut dorang dah lah gebu gila. Big Apple Donuts & Coffee diasaskan oleh Mike Chan dan rakan-rakan pada 2 May 2007 di Selangor. Outlet pertama dorang dekat The Curve!

Banyak sebenarnya jenama buatan Malaysia yang memang setanding dengan jenama antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia, kenalah bangga dengan jenama negara kita sendiri kan?

#Lemon8Malaysia #MalaysiaLife #WaktuSekolah #CaraAkuBerubah #AskLemon8 #WeeklyChallenge #AnonymousStory