Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Duyung (2008)

Duyung (2008)

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Duyung (2008) JPEG Download

Bil 61

Penerbit :

KRU Films Sdn. Bhd; Line Clear Motion Pictures

Pengarah :

Prof. Razak Mohaideen

Pelakon:

Saiful Apek, Yassin Senario, Awie, Maya Karin, Yasmin Hani, Rosnah Mat Aris

Genre :

Fantasi - Romantik - Komedi

Tarikh Tayang:

6 Mac 2008

Filem Duyung berkisar tentang seorang pemuda Orang Laut bernama Jimmy (lakonan Saiful Apek) yang mencintai alam sekitar. Hobi setiap hari, Jimmy dan beruk peliharaannya, Orix (Yasin Senario) akan mengelilingi Pulau Maiga dan Pulau Mabul untuk membersihkan sampah-sarap yang terapung-apung di permukaan air laut. Jimmy ni taksub pada crita ikan duyung.Cerita ibunya bahawa ikan duyung akan datang ke pantai yang bersih. Kerana terlalu percaya akan cerita duyung itu, Jimmy dianggap gile oleh orang-orang kampungnya .Hal ini menyebabkan ayah Jimmy berasa malu. Jadi ayahnya selalu selisih pendapat dgn Jimmy.Selalu marah marah Jimmy.

Tanpa disedari, seekor duyung betina bernama Puteri, sering mengintip perbuatan baik Jimmy membersihkan pantai.

Jimmy mempunyai cinta hati. Jimmy mencintai Aspalela (Yasmin Hani), anak dara Wak Pagek. Walaupun kehadiran Jimmy amat disenangi oleh ibu Aspalela (Rosnah Mat Aris), namun, Wak Pagek sangat tidak suka Jimmy Sbb Jimmy tak kaya.Wak Pagek lebih menyenangi Kordi (lakonan Awie) yang rajin bekerja.

Suatu hari, Wak Pagek mencabar Jimmy supaya memiliki tanah terlebih dahulu sebelum dia dapat menikah dengan Aspalela. Jimmy menerima cabaran Wak Pagek. Dia membina sebuah pulau di depan rumah Wak Pagek

Pulau tu adalah kitar semula dari sampah-sampah yang telah dikutipnya.Lalu dia menambak papan dan pasir sehingga menjadi sebuah pulau buatan.Cantik dan kreatif.

Wak Pagek yg pada mulanya tidak suka Jimmy akhirnya berubah fikiran.Dia dapat menerima kehadiran Jimmy. Kordi yang berasa cemburu mula berbuat tidak baik terhadap Jimmy. Dia mahu mengadakan pertunangan dengan Aspalela secepat yang mungkin

Seekor duyung bernama Puteri (lakonan Maya Karin) muncul dan memberikan seketul kulit siput yang cantik dan berfungsi seperti semboyan yg boleh menghasilkan bunyi apabila di tuip dan Puteri akan muncul.

Maya Karin meminta Jimmy berjanji supaya tidak cerita pada sesiapa tentang dia di kepulauan itu. Jimmy memungkiri janji. Tindakan Jimmy itu telah menyebabkan dia dihina kerana dianggap menipu orang kampung apabila Puteri tidak muncul walaupun kulit siput telah ditiup beberapa kali. Ayah Jimmy berasa sangat malu.

Jimmy yang sudah dianggap gila oleh orang kampung termasuk ayahnya sendiri berasa sangat sedih. Puteri berjaya memujuk Jimmy dan membawa Jimmy ke tempat kediamannya. Jimmy diberikan harta karun tetapi dia tidak mahu.Puteri tetap memberikan Jimmy harta itu.Jimmy menjadi seorang hartawan dan dermawan secara tiba-tiba. Hal ini mendatangkan curiga di hati Kordi.

Kordi akhirnya berjaya menangkap Puteri untuk dijual kepada seorang pemilik taman tema.Orang-orang kampung mula percayakan Jimmy. Jimmy berusha dan berjaya walaupun sukar menyelamatkan Puteri. Sejak itu Puteri tidak kelihatan lagi di kawasan kepulauan itu.

Jimmy telah membuka sebuat pusat pelancongan. Pada suatu hari, Puteri telah datang mengunjunginya dengan seekor duyung jantan. Jimmy pun telah berkahwin dengan Aspalela. Wlupun sudah bergelar hartawan, Jimmy tetap seperti dulu menjaga kebersihan pantai dengan mengupah beberapa orang pekerja, termasuk Kordi untuk membantunya.

6.5/10

Bukan senang nak jadi duyung kan.Good job Maya Karin @ Puteri .Comel jugak duyung Melayu ni.🫰

#duyung #dugong #senario #filemmelayu #mermaid #maya #movies #rewatch #gratis #BLUE