Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

RATING LOCAL PRODUCTS! 🇲🇾 ✨✨

RATING LOCAL PRODUCTS! 🇲🇾 ✨✨

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
RATING LOCAL PRODUCTS! 🇲🇾 ✨✨ JPEG 下载
RATING LOCAL PRODUCTS! 🇲🇾 ✨✨ JPEG 下载
RATING LOCAL PRODUCTS! 🇲🇾 ✨✨ JPEG 下载
RATING LOCAL PRODUCTS! 🇲🇾 ✨✨ JPEG 下载
RATING LOCAL PRODUCTS! 🇲🇾 ✨✨ JPEG 下载

Hello hello beautiful babes!

Kyle here <3

Korang! korang kalau pakai makeup kan, korang prefer untuk beli jenama local atau jenama antarabangsa? Kyle pasti ramai yang tahu and minat jenama makeup antarabangsa kan? ini sebab, jenama antarabangsa memang popular dekat negara kita. Tapi, tahukah anda ada banyak local brand yang diasaskan oleh orang negara kita sendiri yang mengeluarkan product makeup yang bagus-bagus?

Yes, local brand yang dikeluarkan oleh orang negara kita pun banyak yang bagus dan berkualiti. Kadang, kualiti mereka boleh dibandingkan dengan kehebatan kualiti jenama antarabangsa.

Local brand tak semestinya bagus dan tak semestinya teruk .

Ada local brand yangmahal tapi kualiti tak berapa bagus dibandingkan dengan local brand yang lain yang murah tapi sangat berkualiti dan cantik.

Jom! Kyle ajak korang untuk tengok beberapa local brand dan kita boleh bandingkan kualiti mereka.

1. DYXY Cosmetic

Jenama ni ada keluarkan macam macam jenis produk dari kosmetik sehingga lah ke skincare.

Tapi yang paling popular dan yang pertama sekali dikeluarkan oleh mereka ialah BC Cream. BC cream yang dikeluarkan hanya ada dua shades sahaja. Beige dan Natural. Shade beige sesuai untuk sesiapa yang nak buat content makeup sebab ianya full coverage dan sangat mudah untu blend. Natural pula sesuai untuk sesiapa yang inginkan natural look. Dari segi harga, ianya agak mahal berbanding kali pertama ia dikeluarkan. Tetapi, produk yang diletakkan agak banyak dan boleh tahan sehingga 2 bulan tau! Texture pula more to creamy dan bukannya liquid. 10/10

2. SILKYGIRL

Jenma ni sangatlah popular di negara kita. Silkygirl banyak keluarkan range produk cosmetik seperti lipstick,foundation,mascara,eye liner,lip liner,blusher, compact powder,makeup remover, eyeshadow pallete,eyebrow and nose contour dan banyak lagi. Sememangnya setiap produk yang dikeluarkan amatlah berkualiti. Ramai tak tahu tapi Silkygirl adalah jenama yang dikeluarkan di Malaysia tau! So harini kyle akan share pendapat kyle tentang setting spray dia. Setting spray ni tengah viral sebab ramai claim ia akan buatkan makeup tahan lebih lama even berjam jam pakai dan even berpeluh. Kyle juga salah seorang pengguna yang sangat setuju dengan pendapat tu. Kyle jenis yang cepat sangat berpeluh, tapi bila pakai setting spray ni, makeup jadi lebih glowing, tahan lama even kyle berpeluh dibawah cahaya matahari. 11/10

3. CLADERI

Jenama claderi baru sahaja memasuki pasaran malaysia. Kyle nak share pendapatan kyle tentang mascara yang diaorang baru keluarkan. Mascara ni hanya RM28 je! Sangat murah dan berkualiti juga. Ia mempunyai bristle atau sikat mascara yang unik dan dapat memanjangkan bulu mata kita tau. Mascara ni kena pakai beberapa lapis baru boleh nampak effect yang memuaskan. Ia juga sangat mudah untuk dibersihkan. Korang hanya perlu pakai micellar water je. Ada sesetengah mascara hanya boleh dibersihkan menggunakan oil makeup remover. Tapi mascara ini boleh dibersihkan dengan menggunakan air. Sangat convenient untuk muslim girl yang nak remove makeup untuk solat. 8/10.

4. CHRISZEN

Korang mesti pernah dengar tentang brand ni yang viral dan popular sebab foundation mereka yang berasaskan roller. Jenama ni ada collab dengan makeup artist terkenal di malaysia dan bergabung untuk mengeluarkan primer yang sangat sangat bagus! walaupun kyle seorang yang sangat meminati makeup,tapi kyle tak pernah beli primer. ini adalah jenama primer pertama yang kyle pernah pakai dan kyle tak menyesal langsung beli primer ni. Sebab, primer ni membuatkan makeup kyle nampak sangat smooth dan tak crack langsung sepanjang hari. Memang sangat sangat bagus walaupun harganya agak mahal. 12/10.