La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8
Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.
PHOTOS | |||
JPEG | Descargar | ||
JPEG | Descargar | ||
JPEG | Descargar |
Hi everyone 👋
Posting kali ni i nak kongsi bad habits atau tabiat buruk yang boleh buat korang nampak tua melebihi usia!
📌 Tak cukup tidur yang berkualiti.
Pernah tak korang tidur dah cukup jam yang disarankan, tapi bila bangun tidur, korang masih rasa tak bermaya, mengantuk dan penat. Itu adalah tanda tidur korang tak berkualiti. Tidur tak berkualiti boleh menyebabkan korang nampak tua melebihi usia. Hal ini kerana, kekurangan tidur tak berkualiti boleh melemahkan keupayaan kulit untuk membaiki dan memulihkan kulit kita.
📌 Amalan pemakanan tak sihat.
Pengamalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan kita cepat nampak tua juga! Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.
📌 Selalu terdedah kepada matahari
Pendedahan kepada cahaya matahari terlalu lama boleh menyebabkan penuaan dengan lebih cepat. Kulit juga berisiko kerepot dan kendur. Selain itu, penuaan kulit juga boleh berlaku jika tidak menggunakan sunscreen. Jadi, tolong gunakan sunscreen yaa!
📌 Kekurangan exercise
Kekurangan bersenam boleh menyebabkan metabolisme tubuh kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel-sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.
📌 Tak kawal emosi dan stress dengan baik
Stres boleh menimbulkan kedutan kerana kadar kortisol (hormon stres) yang tinggi boleh merosakkan kolagen pada kulit dan elastin.
Jadi, berhati-hati dan pastikan korang tak mengamalkan bad habits ni tau supaya korang lebih awet muda dan sentiasa ceria 🤩
#lemon8review #lemon8recommendations #aging #healthylifestyle #selflove #selfcare #selfdevelopment #healthyfood #healthyjourney #healthyfood