Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Ramai Lelaki Baik, Tapi Tak Ramai Lelaki Jujur

Ramai Lelaki Baik, Tapi Tak Ramai Lelaki Jujur

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
Ramai Lelaki Baik, Tapi Tak Ramai Lelaki Jujur JPEG Descargar
Ramai Lelaki Baik, Tapi Tak Ramai Lelaki Jujur JPEG Descargar
Ramai Lelaki Baik, Tapi Tak Ramai Lelaki Jujur JPEG Descargar

Saya ramai kawan-kawan perempuan yang mengadu dan selalu menceritakan tentang perangai pasangan masing-masing. Tak kira suami atau kekasih orang, masing-masing harus jujur, baru hubungan itu akan berkekalan. Tetapi jika belum sampai tahap fasa perkahwinan pun sering berantakan, salah menyalahkan satu sama sendiri, mana mungkin sampai ke episod seterusnya. Di dalam rumahtangga pun sama juga, masing-masing sentiasa berkelahi, sering selisih pendapat terutama tentang banyak sebab yang rumit untuk dirungkai. Tapi salah satu sebab utama, TAK JUJUR !

Bagaimana boleh jadi begitu, padahal sebelum berkahwin boleh sayang menyayangi antara satu sama lain, berjanji setia, cinta sampai mati. Tapi akhirnya, janji-janji itu semua tak dapat dipakai lagi.

Menipu sememangnya memberi kesan yang buruk terhadap sesuatu hubungan. Bermula dengan hal yang kecil dan remeh, lama kelamaan tiada satu pun boleh dipercayai lagi. Tak dapat disangkal, biar pun kadangkala pasangan ingin menjaga hati pasangan, namun anda tak boleh percaya sepenuhnya.

Kenali tanda-tanda apabila seseorang sedang cuba bercakap bohong :

1) Pasangan menunjukkan tanda stres

Jika pasangan tak jujur, lihatlah pada reaksinya. Mereka akan melindungi

kebohongan mereka dengan perubahan dari percakapan yang berubah-ubah,

pernafasannya, wajahnya, gelisah dan banyak lagi.

2) Pasangan tiba-tiba diam

Pasangan anda tiba-tiba berubah jadi senyap dan mungkin menyembunyikan

sesuatu daripada pengetahuan anda. Lebih ketara jika anda sedang mempunyai

konflik bersamanya dan tiada sebarang respons diberikan.

3) Perubahan terhadap intonasi suara

Mereka sedang mengambil masa untuk mengatur ayat untuk bercakap bohong

seperti meninggikan suara dengan tiba-tiba, bila selalunya lemah lembut ketika

berbicara dan sebaliknya. Paling ketara bila intonasi suara gementar juga

menunjukkan mereka sedang menipu.

4) Memberikan informasi terlalu banyak atau terlalu sikit

Kajian dapati bahawa lebih banyak ucapan yang keluar daripada mulut mereka

lebih tinggi keberangkalian dia mereka-reka cerita. Ini adalah taktik untuk men-

galihkan perhatian anda. Jangan terpedaya !

5) Melenting apabila ditanya

Tanda ini sangat mudah untuk dikenal pasti. Jika merasa ragu-ragu, cuba anda

mengajukan soalan kepada pasangan anda. Lihat bagaimana reaksinya.

Seseorang yang merasa dirinya bersalah, dia akan mudah melenting untuk

membela dirinya.

#LoveDump #BeReal #marriagelife #relationshipgoals #towardshealthy relationship