Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8
Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.
PHOTOS | |||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать |
Hai korang🍋🍋
Sebelum ni kita guna handphone ni sebagai alat telekomunikasi. Tapi semakin berkembang teknologi, handphone ni berupaya untuk memberi semua maklumat yang kita perlukan. Namun kita kadang-kadang penggunaan berlebihan boleh menyebabkan ketagihan terhadap telefon bimbit. Cuba perhatikan korang ada tak tanda-tanda ni kat korang.
1. KERJA SELALU TAK SIAP
Kalau korang bermasalah kat rumah atau kat tempat kerja sebab selalu tak siap kerja disebabkan selalu terleka dengan applikasi atau games di telefon, kemungkinan besar korang nomofobia.
2. ASINGKAN DIRI DARI SEMUA ORANG
Bila kehidupan sosial kita semakin terjejas kerana terlalu asyik menggunakan telefon bimbit itu menjadi isyarat bahawa kita telah mengasingkan diri dari dunia sebenar.
3. GUNA PHONE SECARA BERSEMBUNYI
Apabila kita bersembunyi atau pergi ke tempat terpencil semata-mata untuk menggunakan telefon, atau menyembunyikan penggunaan telefon pintar dari majikan atau keluarga, ini menunjukkan tanda-tanda ketagihan.
4. RASA TAKUT JIKA KETINGGALAN
Perasaan tidak senang jika ketinggalan berita atau maklumat penting, serta kebiasaan bangun malam hanya untuk memeriksa telefon, ini tanda korang ketagihan terhadap handphone.
5. RASA CEMAS DAN PANIK BILA TERTINGGAL PHONE
Jika korang merasa cemas atau panik apabila tidak memiliki telefon bersama setiap saat, termasuk berasa gelisah jika bateri telefon semakin habis atau telefon tidak dapat dihidupkan, ini adalah tanda-tanda ketagihan yang serius.
So kena take action untuk pulihkan kembali ketagihan ni ye sebelum ia semakin parah. Semoga bermanfaat👍🏻
#lemon8review #CareerTips #tipslemon8 #tipsandtrick #iphone #StudyHacks #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #beautywithlemon8