Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

PEMAKANAN IBU DAN PENGARUH PADA SUSU

PEMAKANAN IBU DAN PENGARUH PADA SUSU

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
PEMAKANAN IBU DAN PENGARUH PADA SUSU JPEG 下载
PEMAKANAN IBU DAN PENGARUH PADA SUSU JPEG 下载

Adakah pemakanan ibu akan mempengaruhi susu yang dihasilkan?

Ya, dan tidak.

Sila baca untuk penerangan lanjut.

PANTANG MAKAN?

Ibu yang menyusukan anak, selalu terbeban dengan pantang larang dari orang tua. Ini sebenarnya berlaku di kebanyakan negara Asia, bukan Malaysia sahaja. Minuman ais, sayur berangin, pulut, dll. Itu adalah antara perkara biasa yang dilarang untuk ibu ibu makan.

Ini adalah subjektif pada setiap orang. Sesetengah bayi memang agak sensitive pada sayur ubi contohnya. Kalau ibunya makan, bayi akan kembung. Terutamanya pada bayi yang baru lahir. Kalau begitu, ibu elakkan lah makanan tersebut. Tetapi setelah bayi semakin besar, biasanya perutnya akan lebih matang dah makin boleh terima banyak makanan.

KOPI DAN KAFEIN

Kurang dari 1% daripada kafein yang diminum akan masuk ke dalam susu ibu. Namun pada bayi yang baru lahir, badannya ambil masa lebih lama untuk proses kafein.

Bayi 6 bulan ke atas biasanya sudah boleh proses kafein dengan cepat.

Untuk berjaga-jaga, ambillah kafein dalam 300mg / hari sahaja (lebih kurang 1 cawan kopi) untuk bayi yang baru lahir. Untuk bayi lebih 6 bulan, boleh dalam 3 cawan sehari. Tapi sekiranya bayi anda lebih sensitive, nampak resah, sukar tidur, dan meragam, maksudnya anda perlu kurangkan kopi anda.

MAKANLAH MAKANAN YANG PELBAGAI RASA DAN WARNA

Ibu yang makan pelbagai jenis makanan sewaktu menyusukan anak, akan membantu anak menjadi seorang ‘pemakan’. Ini kerana sewaktu menyusu, susu yang diminum selalu berubah rubah rasa mengikut pemakanan ibu. Mungkin jika ibu makan makanan yang kuat rasanya dan bau seperti petai atau durian, pertama kali sewaktu menyusukan anak, mungkin anak akan kelihatan menolak pada awalnya. Tapi lama-lama anak akan terbiasa dan boleh terima.

Selain itu, anak juga akan dapat pelbagai khasiat dari makanan yang berbeza beza tadi. Setiap makanan, buah dan sayuran, banyak khasiatnya, tergantung jenis, rupa dan warna.

Ini ada pengaruhnya sewaktu anak sudah boleh makan sendiri. Anak akan jadi seorang yang lebih ‘adventurous’ dengan makanan dan berani mencuba. Jadi kalau ibu maukan anak-anak suka makan makanan yang sihat, amalkanlah dari sewaktu bayi menyusu lagi.

MILK BOOSTER?

Sesetengah makanan memang boleh merangsang pengeluaran susu yang lebih, dan sebaliknya, contohnya; halba dan moringa adalah milk booster semulajadi yang diamalkan secara turun temurun.

Namun yang lebih tinggi pengaruh dalam penghasilan susu adalah demand, stimulasi dan emosi ibu.

Kalau ibu sukakan makanan tersebut, makanan tersebut boleh jadi milkbooster ibu, kerana ibu rasa gembira. Tapi tak bermakna ianya sama pada orang lain.

Carilah milkbooster anda sendiri. Tapi kalau ianya adalah makanan yang manis / tinggi kalori, tak perlulah ambil hari hari ya ☺

ADAKAH MAKANAN BERPROSES / FAST FOOD / JUNK FOOD AKAN GANGGU KUALITI SUSU?

Pada ibu yang sukakan fast food, mungkin anda akan rasa lega bila saya cakap, susu anda masih lebih berkualiti daripada susu formula.

Tapi dalam masa yang sama, kandungan transfat dalam susu anda juga adalah lebih tinggi daripada ibu yang tidak mengamalkan pemakanan makanan berproses.

Apa yang terjadi sekiranya transfat dalam susu anda tinggi? Bayi akan ada risiko untuk menjadi obese sewaktu besar nanti. Dan banyak lagi penyakit kronik yang disebabkan transfat yang tinggi.

DHA dalam susu juga akan berkurangan disebabkan transfat yang tinggi. DHA yang akan membantu perkembangan otak, mata, dan perkembangan bayi.

Rujuk kajian di bawah;

“The diet of breastfeeding mothers should include adequate polyunsaturated fatty acids and very low levels (i.e., <1%) of transfatty acids. The amount of fat in breast milk changes during each feeding and throughout the day. Maternal diet can affect the composition of fatty acids, but does not change the total milk fat content10,13,18). Docosahexaenoic acid (DHA) is critically important for visual acuity and neural development. Maternal DHA intake through consumption of fish and seafood increases the level of DHA in breast milk.

In contrast to the benefits of DHA, transfatty acids in breast milk could negatively affect infant growth and development19). A high level of transfatty acids is consistently related to lower levels of DHA. The most common foods containing transfatty acids are bakery items, snacks, fast food products, and margarine. The World Health Organization recommends that transfats be limited to less than 1% of overall energy intake20).”

Rujukan penuh: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5383635/

APA MAKANAN YANG PENTING DIAMBIL OLEH IBU MENYUSU?

Pertama sekali, makanlah dengan seimbang. Pastikan anda tidak kelaparan, ia boleh menyebabkan susu kurang, kerana anda stress. Kalau perlu, minumlah air dengan banyak kerana ia akan mengelakkan anda berasa lapar dan haus. Juga, carilah snek sihat untuk diambil in between meals. Cadangan saya adalah seperti kekacang, buah buahan, dan rice crackers.

Makanan yang tinggi omega 3 seperti ikan, dan minyak ikan akan meningkatkan DHA dalam susu. Seperti dalam kajian yang saya tampal di atas, DHA akan membantu pembentukan dan perkembangan bayi. Lemak sihat (PUFA) seperti minyak kelapa dara, minyak zaiton juga boleh diambil selalu. Badan kita tak hasilkan PUFA ini, harus didapatkan dari makanan. Kalau anak kekurangan lemak, berat kurang, lagilah sesuai untuk ibu amalkan pengambilan lemak baik ini.

Probiotic, prebiotic. Hebatnya ciptaan Allah, susu ibu adalah benda hidup. Kenapa? Ianya penuh dengan probiotic. Probiotic adalah bakteria baik yang hidup bersama sama dengan manusia, dan penuh di dalam usus kita. Bakteria baik inilah yang akan membantu pertahankan system imuniti badan manusia. Susu ibu yang penuh dengan probiotic ini akan bantu sihatkan susu bayi, dan seterusnya kesihatannya secara umum. Pemakanan ibu yang tinggi probiotic dan prebiotic (makanan kepada probiotic), akan pastikan susu ibu lebih berkualiti. Prebiotic biasanya dijumpai dalam makanan yang berserat seperti bawang besar, sayur, buah, ataupun gum Arabic, baobab, psyllium husk, dll.

Susu ibu memang tinggi dengan vitamin. Tapi sekiranya pemakanan ibu kurang dengan vitamin, dari manakah vitamin itu terhasil? Oleh itu ibu sendiri harus makan banyak buah-buahan, sayur sayuran, berjalan petang di taman (untuk dapatkan vitamin D), makan makanan dengan sumber protein yang sihat (ayam, ikan, kekacang, tahu, tempe, daging segar). Vitamin C sangat tinggi dalam susu ibu, sesuatu yang sangat berharga terutama sekali sewaktu anak sedang sakit. Gunakanlah kurniaan yang tidak ternilai ini dengan bijak ☺

Kalau nak cerita mengenai susu ibu, memang tak habis habis. Lain kali saya kongsi mengenai alergi pada anak yang menyusu pula. Kali ni dah terlalu panjang.

Banyak kajian yang dibuat mengenai susu ibu. Kaitan dengan kesihatan anak, obesity, nutrisi, dll. Kalau ada masa anda boleh cari sendiri di sini, https://www.nature.com/ejcn/

Harap artikel yang panjang lebar ini dapat menjawab serba sedikit persoalan ibu ibu sekalian. Kongsikan lah info ini pada teman teman dan keluarga.

Ya anda boleh makan apa sahaja.

Tapi kalau anda boleh berikan yang terbaik buat anak anda, kenapa pilih tidak? ;)

Dr. Aimi Jaafar

Pegawai Perubatan

Kaunselor Laktasi

#healthyfood #momlife #mommyandbaby