Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Bingka labu kuning homade

Bingka labu kuning homade

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Bingka labu kuning homade JPEG Download

Resepi 🥣

🧈Bahan-bahan:

2 cawan labu kuning rebus yg sudah di lenyek /blend

3 biji telur gred A

2 sudu makan butter/marjerin

2 cawan santan cair pekat ( saya guna brand KARA)

2 cawan tepung gandum

2 cawan gula halus (atau boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis)

Sedikit bijan putih atau hitam untuk hiasan

✍️Cara-caranya:

Blend labu bersama telur, butter dan dikuti dengan santan hingga sebati. Bila dan sebati masukkan 2 cawan gula halus, blend lagi hingga sebati. Pindahkan adunan labu ke dalam bekas yang bersih. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam adunan labu dan gaulkan menggunakan senduk. Masukkan tepung gandum hingga habis.

Panaskan oven selama 15 minit bersuhu 150°c atau ikut oven masing-masing (api atas dan bawah ye). Oleskan sedikit butter/marjerin pada loyang sebelum di lapik menggunakan parchment paper. Setelah itu, tuangkan adunan bingka labu tadi kedalam loyang ( saya guna saiz 6x6 sbb tu je yg sy ada di rumah). Tabur sedikit bijan keatas adunan dan bakar menggunakan suhu 200°c selama 40 minit. Selamat mencuba!

#WeekendActivity #Lemon8Ramadan #Lemon8Diary #Lemon8MomsClub #Lemon8Diary