Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Pengalaman hantar anak Taska & Pengasuh 😖

Pengalaman hantar anak Taska & Pengasuh 😖

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Pengalaman hantar anak Taska & Pengasuh 😖 JPEG Download
Pengalaman hantar anak Taska & Pengasuh 😖 JPEG Download

Tiada jawapan yang paling tepat kerana orang yang kita amanahkan untuk jaga anak berbeza. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Cuma ini pengalaman sendiri hantar anak kepada pengasuh dan taska !

Anak i lahir masa PKP 2.0. Kerja swasta jadi cuti bersalin hanya 60 hari. Masa tu tak terfikir nak hantar taska sbb mcm prefer pengasuh. At least dia tak jaga ramai baby. Cara paling senang nak cari pengasuh ialah dalam group whatsapp taman.

Alhamdulillah jumpa pengasuh, kami pun datang tengok keadaan rumah, okay. Rasa lega sedikit sbb ramai penduduk yang bagi cadangan utk hantar ke pengasuh ni. Fast foward dah bersalin hantar lah seperti biasa walaupun WFH sbb nak biasakan anak.

Semua okay, cuma baby i full breastfeed jadi tak pasti punca tapi ada sekali dia kena keracunan susu mungkin cara pengendalian susu tak betul. Yang kedua, anak start belajar tidur buai, yelah faham pengasuh banyak kerja rumah juga kan, tambah2 bukan senang nak tdokan baby yg susu badan.

Tapi tak bertahan lama sbb kes vaksin ! Masa tu kecoh kerajaan suruh vaksin kan tapi pengasuh anak tak nak vaksin. Kami sebenarnya tak ada masalah sbb itu pilihan masing2. Tapi pengasuh anak ada sakit asma dan husband pula kerja di hospital bahagian emergency. Handle patient covid hampir hari2 jadi kami tak nak jadi asbab tersebar penyakit tambah2 ada asma. Mmg bahaya. Betul ajal maut di tangan Allah, ini hanya lah usaha kecil kami utk menghindari sahaja.

Lepas bincang, kami decide untuk hantar anak ke taska. Masa ni dah besar sikit dalam 6 bulan. Tapi silap kami dekat sini kami tak betul2 kaji taska ni. Kami hanya cek yg dia mmg berdaftar under JKM, tapi tak tanya betul2 dari segi ada aktiviti ke, whatsapp group utk update gambar ke.

Jadi bila dah masukkan anak, baru rasa yg taska ni sangat tak professional. Cikgu boleh ws kita directly, ada sekali tu cikgu hantar gambar anak duduk atas kerusi makan, i pun geram tgk anak comel masukkan lah dalam status whatsapp. Kemudian cikgu tu call suruh padam sbb owner taska dah nampak takut JKM nampak sebab sepatutnya tak boleh letak anak atas kerusi makan.

Tak tahu la drama betul 😂. Lepas tu kadang2 kantoi bagi anak tengok tik tok kan handphone which is i rasa tak patut lah. Last paling tak tahan, cikgu complain ambil anak lambat, i tak sengaja sbb mmg jem teruk. I rasa stress sampai fikir kalau kereta ni boleh terbang lama dah i terbang. Walhal sebelum hantar mmg cakap i kerja tak jauh mana tapi jem teruk. Mmg akan ambil lambat, jadi SANGGUP KE TAK. Yelah awal2 semua okay bila dah jadi lain pula.

Tak lama pun dekat taska tu ada la dalam 5-6 bulan terus resign and jaga anak sendiri sbb fed up dengan jem lagi lepas tu cikgu duk desak suh amik awal . Tapi compare to taska sekarang, yang ni lagi professional. Ada whatsapp group ibu bapa yg akan update aktiviti anak. Plus Kita akan deal dengan penyelia taska sahaja, tak boleh ws personal cikgu, no cikgu pun mmg tak ada. Ada screen time juga tapi at least TV bukan HP.

Sebenarnya Pengasuh atau taska adalah pilihan masing-masing cuma sebelum hantar mmg kena kaji dulu dan berdoa agar Allah lindungi anak dari kecelakaan. Itulah doa I hari-hari 🤲🏻.

#BerbezaItuNormal #WeeklyChallenge #pengasuh #anak #Pengalaman