Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Nickname Masa Zaman Sekolah 👉🏻 Janda !

Nickname Masa Zaman Sekolah 👉🏻 Janda !

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Nickname Masa Zaman Sekolah 👉🏻 Janda ! JPEG Download
Nickname Masa Zaman Sekolah 👉🏻 Janda ! JPEG Download

Nickname ni I dapat dari sorang cikgu lelaki. Zaman sekolah dulu ramai cikgu lelaki muda-muda, tak kawin lagi. Diaorg memang suka usik budak perempuan kadang ada yg sampai nangis 🤣. Bukan usik gatal tau usik yg garang lepas tu denda biasa2 mcm tu.

Cikgu ni i dah dapat rasa dia dah lama target I, mungkin sbb i kecil nampak senang ‘dibuli’ tapi i bernasib baik sbb dia tak ajar kelas I.

Tiba-tiba satu haritu dia jadi cikgu ganti kelas I. Cuak dah masa ni, dalam otak apa2 pun berlaku, jangan nangis 😤 tak boleh kalah aaa gitu 🤣.

Masa tengah mengajar dia pun tanya la, sebelum ni target je harini dia tanya nama.

‘Nama awak siapa’

‘Jannah’

‘Hah’

‘Jannah Cikgu’

‘Haahhh’

‘Jannnnnnahhh’

‘Haaa Jan-da ?’

Then satu kelas gelak. Jauh benor bunyinya and I tahu dia memang sengaja buat tak dengar lepas tu main tembak je 🤣. Sejak dari tu dia mmg panggil I janda. Dia bagitau pulak dekat cikgu disiplin muda juga. So dua org cikgu ni je kat sekolah yg panggil I janda. Memang kalau terserempak, habis la i. Dari jauh dia jerit ‘jandaaaaa’ hahahah. So i mmg elak dari terserempak

I tak rasa apa pun, sbb janda xde kena mengena. Like im okay, boleh je panggil kalau cikgu rasa terhibur. Kawan lelaki pun tak ejek sama sbb diaorg pun boleh rasa tak related. Diaorg tahu cikgu saja je and diaorg lebih suka ejek i dracula sbb gigi taring.

Tapi satu haritu, dekat kelas cikgu tu ada sorang budak perempuan ni speak up for me. Tapi tu bukan perasaan sebenar i. I tak rapat pun dengan budak perempuan tu, dia yg buat assumption.

Dia cakp dekat cikgu ‘ cikgu kenapa panggil jannah janda, kalau jadi doa mcm mana kesian dia’.

I tahu niat baik budak tu, tapi i tak suka dia buat assumption. Setakat panggilan mcm tu i tak affected pun plus masa tu sekolah menengah jauh samgat nak fikir sampai jadi doa. Kawin pun tak fikir lagi.

Yang tak best. 2 orang cikgu tu datang minta maaf kat I 😭. Dia siap ckp minta maaf awak tak suka lepas ni saya panggil nama. Saya rasa sangat berdosa yea sampai buat cikgu minta maaf. Tak pernah simpan pun dalam hati, i anggap tu adalah gurauan yg akrab no hurt feeling at all.

Lepas dari tu mmg diaorg panggil Jannah and it seem awkward 😖.

#SchoolDays #WeeklyChallenge #nicknames