Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Sebelum vs Selepas!

Sebelum vs Selepas!

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Sebelum vs Selepas! JPEG Download

Naik gambar 6 tahun lepas ni di memori. Tak boleh lupa memori gambar ini sehingga kini sebab bila saya post di FB pada masa itu, ada seorang kawan komen pada gambar ini: "macam shrek & fiona"..

Sampai sekarang saya tak lupa 😂

Entahlah saya tak tahu nak react bagaimana pada ketika itu, tak pasti adakah itu suatu pujian atau sebaliknya 😂 Atau mungkin kerana dah biasa kena ejek, perli, body shaming dan sebagainya disebabkan saiz kami, ya lah masa tu berat masing-masing pun dah lebih 100kg pun, jadi senyum sahaja. Suami nasihatkan untuk saya padamkan sahaja komen tu, sama-sama jaga perasaan keduanya. Satu, supaya kami tak rasa ralat atau tersinggung - atau orang lain yang bersaiz macam kami pun turut tersinggung; dan dua, supaya yang menulis komen tersebut tidaklah mendapat malu/ dikecam selepasnya. Wallahualam.

Apapun, jagalah kata-kata, apa yang keluar baik di mulut mahupun tulisan kita, adalah cerminan jiwa kita. Kita mungkin tak berniat apa-apa namun sentiasalah semak, berhati-hati sebelum tulis apa jua. Tidak salah malah lebih manis jika kita dapat menulis dengan kata yang lebih baik, berhemah dan sopan. Double check sebelum tekan enter. Gittew. Yang komen tu pula sekarang dah terbalik, mungkin kaffarah wallahualam, kita doakan yang baik-baik buat semua ya. InshaAllah.

Tiada yang mustahil semuanya dengan izin Allah. ♥️

Jom MOJO! 🔥

#beforeandafter #weightlosstransformation #BeforeAfter #weightloss #intermintentfasting #fattofit #tipskurus #kurusdengansihat #beforeandafterweightloss #jommojo