Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Manuk Pansuh Resepi Sarawak

Manuk Pansuh Resepi Sarawak

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Manuk Pansuh Resepi Sarawak JPEG 下载
Manuk Pansuh Resepi Sarawak JPEG 下载
Manuk Pansuh Resepi Sarawak JPEG 下载
Manuk Pansuh Resepi Sarawak JPEG 下载
Manuk Pansuh Resepi Sarawak JPEG 下载

Hola! Hey guys. Salam Syawal! Macam mana dengan Raya korang? Meriah ke tak? Haa. Alang-alang dah Raya ni kalau korang ada buluh lebih, jom Iza nak share resepi pak mertua Iza masa dia duduk Sarawak dulu iaitu Manuk Pansuh atau Ayam Pansuh. Let’s go!🖐🏻

Bahan-bahan:

Ayam (dipotong kecil)

Buluh

Bawang merah

Bawang putih

Serai

Cili api

Halia (dikisar halus)

Pucuk paku

Pucuk ubi kayu

Serbuk Cukup Rasa

Cara-cara:

1. Hiris nipis bawang merah, bawang putih, serai dan cili api.

2. Potong kecil pucuk paku yang telah dibersihkan.

3. Gaulkan ayam yang telah dipotong kecil bersama serbuk Cukup Rasa. Gaul hingga rata.

4. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili api dan serai yang telah dihiris bersama halia yang telah dikisar halus. Gaul sebati.

5. Masukkan pucuk paku dan gaul sebati bersama ayam.

6. Setelah bahan sebati, masukkan pula ke dalam buluh yang telah dibersihkan.

7. Tutup buluh dengan daun pucuk ubi kayu dan bakar buluh atas api hingga masak.

Siap! Nak buat Manuk Pansuh ni memang agak leceh sikit tapi rasa dia memang sedap sangat. Makan macam tu je pun ok, makan dengan nasi pun ok. Selain ayam, korang juga boleh tukar dengan ikan. 👍🏻

Manuk Pansuh yang pak mertua Iza buat ni sedikit kering, kalau korang nak berkuah boleh tambah air dalam buluh sebelum masak ok? 👌🏻

Apa-apa pun selamat mencuba dan Selamat Hari Raya! 🥳

#foodlemon8 #Malaysia #food #rayawithnab #nablemon8 #syawal #manukpansuh #ayampansuh #sarawak