Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8
Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.
PHOTOS | |||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать | ||
JPEG | Скачать |
Hola! Hey guys. Hari tu Iza ada dapat pan mee, tapi Iza langsung tak reti nak masak macam mana. Bila Iza cari resepi rupanya senang je nak masak pan mee ni, especially pan mee goreng. 😆
So hari ni, Iza nak share dengan korang pan mee goreng version mesra anak-anak sebab Iza tak ada chilli oil. Simple je, sure korang boleh buat punya. Let’s go!🖐🏻
Bahan-bahan:
3 bungkus pan mee
Semangkuk kecil ayam cincang
Bawang merah
Bawang putih
Cendawan shitake
Sayur sawi (optional)
3 sudu kicap
3 sudu sos tiram
Car-cara:
1. Rebus pan mee terlebih dahulu sehingga lembut. Tak perlu terlalu lama.
2. Sementara tu, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan masak seketika.
4. Masukkan cendawan shitake dan masak seketika. Boleh masukkan sayur sawi jika mahu.
5. Masukkan kicap dan sos tiram. Gaul sekata.
6. Masukan pan mee yang telah siap direbus dan ditos. Gaul sehingga rata. Siap!
Haaa! Mudah je kan? Iza suka makan dengan telur rebus, korang boleh la tambah kalau nak. Anak Iza pun suka betul makan pan mee. Korang patut cuba juga tau.👍🏻
Selamat mencuba! 🥳
#HOWTOCAMP #L8NABE #glowwithlemon8 #masakwithlemon8 #caramasak #panmeegoreng #panmee