The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app
Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.
PHOTOS | |||
JPEG | Download |
Assalammualaikum Lemonades!
Beberapa hari lagi kita akan bertemu bulan Zulhijjah iaitu pada 8 Jun 2024 (Sabtu).
โขBulan Zulhijjah merupakan bulan yang istimewa dan memberi banyak kelebihan kepada umat Islam, terutamanya pada 10 hari terawal bulan ini.
.
Antara amalan pada 10 hari awal ini ialah puasa dari 1-9 Zulhijjah.
.
๐ Tarikh-tarikh Penting Puasa Zulhijjah 2024
โ SUNNAH PUASA 1-9 ZULHIJJAH :
1 Zulhijjah = Sabtu, 08.06.2024
2 Zulhijjah = Ahad, 09.06.2024
3 Zulhijjah = Isnin, 10.06.2024
4 Zulhijjah = Selasa, 11.06.2024
5 Zulhijjah = Rabu, 12.06.2024
6 Zulhijjah = Khamis, 13.06.2024
7 Zulhijjah = Jumaat, 14.06.2024
8 Zulhijjah = Sabtu, 15.06.2024 (Hari Tarwiyah)
9 Zulhijjah = Ahad, 16.06.2024 (Hari Arafah)
.
โ HARAM PUASA :
Hari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah = Isnin, 17.06.2024
Hari Tasyrik : 11 Zulhijjah = Selasa, 18.06.2024
Hari Tasyrik : 12 Zulhijjah = Rabu, 19.06.2024
Hari Tasyrik : 13 Zulhijjah = Khamis, 20.06.2024
๐ Niat Puasa Sunat Zulhijjah, Tarwiyah & Arafah
๐ Niat Puasa Sunat Zulhijjah
(1-7 Zulhijjah)
ููููููุชู ุตูููู ู ุดูููุฑู ุฐููู ุงููุญูุฌููุฉู ุณููููุฉู ููููููู ุชูุนูุงููู
โSahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Taโalaโ
๐ Niat Puasa Sunat Tarwiyah
(8 Zulhijjah)
ููููููุชู ุตูููู ู ุชูุฑูููููุฉู ุณููููุฉู ููููููู ุชูุนูุงููู
โSahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taโalaโ
๐ Niat Puasa Sunat Hari Arafah
(9 Zulhijjah)
ููููููุชู ุตูููู ู ุบูุฏู ู ููู ููููู ู ุงููุนูุฑูููุฉู ุณููููุฉู ููููููู ุชูุนูุงููู
โSahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Taโalaโ
โค๏ธ Jom kita berniat, siapkan diri dan rebut peluang keemasan ini. Perbanyakkan amalan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah ini dengan berpuasa sunat, perbanyakkan berzikir, berdoa, bersedekah, membaca Al-Quran, melakukan ibadah korban bagi yang mampu, menghidupkan suasana hari raya dengan takbir dan memperbanyakkan pelbagai lagi amal soleh.
.
๐ Keistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah
.
1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad.
Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ู ูุง ุงููุนูู ููู ููู ุฃููููุงู ู ุงููุนูุดูุฑู ุฃูููุถููู ู ููู ุงููุนูู ููู ููู ููุฐููู โโโโ.โ ููุงูููุง ูููุงู ุงููุฌูููุงุฏู ููุงูู โโโ ูููุงู ุงููุฌูููุงุฏูุ ุฅููุงูู ุฑูุฌููู ุฎูุฑูุฌู ููุฎูุงุทูุฑู ุจูููููุณููู ููู ูุงูููู ููููู ู ููุฑูุฌูุนู ุจูุดูููุกู โโโโ.โ
โTiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
ูุงูุฐู ูุธูุฑ ุฃู ุงูุณุจุจ ูู ุงู ุชูุงุฒ ุนุดุฑ ุฐู ุงูุญุฌุฉ ูู ูุงู ุงุฌุชู ุงุน ุฃู ูุงุช ุงูุนุจุงุฏุฉ ููู ุ ููู ุงูุตูุงุฉ ูุงูุตูุงู ูุงูุตุฏูุฉ ูุงูุญุฌ ุ ููุง ูุชุฃุชู ุฐูู ูู ุบูุฑู
โSecara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.
(Fath al-Bari)
2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun
10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ุฃูููุถููู ุฃููููุงู ู ุงูุฏููููููุง ุฃููููุงู ู ุงููุนูุดูุฑู
โSebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.โ
Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
ุฃูุงู ุนุดุฑ ุฐู ุงูุญุฌุฉ ุฃูุถู ู ู ุฃูุงู ุงูุนุดุฑ ู ู ุฑู ุถุงู ูุงูููุงูู ุงูุนุดุฑ ุงูุฃูุงุฎุฑ ู ู ุฑู ุถุงู ุฃูุถู ู ู ููุงูู ุนุดุฑ ุฐู ุงูุญุฌุฉ
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadan, dan malam sepuluh akhir Ramadan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah.
(Majmuโ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287)
.
3. Hari Yang Dicintai Allah
Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ู ุง ู ู ุฃูุงู ุฃุนุธู ุนูุฏ ุงููู ุณุจุญุงูู ููุง ุฃุญุจ ุฅููู ุงูุนู ู ูููู ู ู ูุฐู ุงูุฃูุงู ุงูุนุดุฑ. ูุฃูุซุฑูุง ูููู ู ู ุงูุชูููู ูุงูุชูุจูุฑ ูุงูุชุญู ูุฏ
โTidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmidโ
(Hadis Riwayat al-Tabrani)
Semoga Allah SWT pilih kita dan menerima segala amal soleh yang kita lakukan pada hari-hari yang dicintai oleh Allah SWT ini iaitu 10 hari awal Zulhijjah. Aamiinn ๐คฒ
Pilih kami Ya Allah.....