Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Tidak Khusu' ketika Solat

Tidak Khusu' ketika Solat

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
Tidak Khusu' ketika Solat JPEG Descargar

Assalammualaikum Lemonades!

Anda tahu tak tanda2 yang anda tidak khusu' ketika mengerjakan solat?

Bukan senang nak dapatkan solat yang khusu'. Seringkali fokus 'terganggu' ketika solat. Ada beberapa petanda yang menunjukkan kita sedang diganggu oleh Syaitan sewaktu mengerjakan solat.

1. Terlupa Rakaat

Ini memang sering terjadi. Kadang-kadang, kita terlupa dah berapa rakaat kita buat. Ini biasanya berlaku bila kita terlalai dan fikiran melayang memikirkan hal-hal lain ketika solat. Jadi, penting untuk kita cuba fokus dan sentiasa ingatkan diri bahawa kita sedang berdiri di hadapan Allah.

2. Menguap Ketika Solat

Pernah tak tiba-tiba rasa mengantuk sangat waktu solat? Menguap ni memang salah satu gangguan syaitan. Sebab tu, penting untuk kita ambil wudhuk dengan sempurna. Wudhuk yang sempurna membantu kita lebih fokus dan segar ketika solat.

3. Memikirkan Hal Dunia

Kadang-kadang, tanpa sedar kita tiba-tiba teringatkan perkara duniawi yang tak penting. Contohnya, fikir nak makan apa lepas solat. Kalau kita lapar, makan dulu sebelum solat supaya fikiran kita tak terganggu dengan hal-hal remeh ni nanti.

4. Bersin Ketika Solat

Bersin pun dikira gangguan syaitan. Memang sukar nak elak, tapi cubalah kawal diri sebaik mungkin.

5. Gatal Muka, Hidung dan Kepala

Gangguan syaitan juga termasuk rasa gatal-gatal di muka, hidung, atau kepala ketika solat. Cuba kawal diri dan elakkan daripada membuat terlalu banyak pergerakan yang boleh menyebabkan solat kita terbatal.

6. Ingin Membuang Angin

Ini juga gangguan yang biasa berlaku. Jika terasa ingin membuang angin, jangan ditahan. Berhenti sekejap, ambil wudhuk baru, dan sambung solat dengan tenang.

Cara Mengatasinya:

1. Menyempurnakan Wudhuk

Pastikan wudhuk kita diambil dengan sempurna. Ia membantu kita lebih fokus dan khusyuk dalam solat.

2. Membaca Surah An-Nas

Sebelum memulakan solat, bacalah surah An-Nas. Ini dapat membantu kita meminta perlindungan daripada gangguan syaitan.

3. Membaca Doa

Sebelum solat, bacalah doa ini:

اللهم إنِّي أَعُوذُ بِك مِنْ شَيْطَانِ الْوَسْوَسَةِ خَنْزَبٍ

Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan yang mengganggu dan menyesatkan."

Dengan mengamalkan cara-cara di atas, insyaAllah kita dapat mengurangkan gangguan syaitan ketika solat. Ingat, solat adalah ibadah yang sangat penting, jadi marilah kita berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk saling ingat-mengingatkan dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Selamat beribadah!

Semoga bermanfaat!

#AboutMe

#aboutmythought

#WeeklyChallenge

#religion