Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

THE AUTOPSY OF JANE DOE

THE AUTOPSY OF JANE DOE

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
THE AUTOPSY OF JANE DOE JPEG Скачать

Hmmm..😨 lidah yang dipotong, parut pada paru-parunya, pergelangan kaki dan tulang pergelangan tangan yang hancur menandakan mangsa...

The Autopsy Of Jane Doe

Mayat wanita tanpa nama (Jane Doe) ditemui separuh tertimbus di ruang bawah tanah di sebuah tempat kejadian jenayah.

Sheriff tempatan meminta seorang ahli bedah mayat, orang lama yang boleh dipercayai, untuk mencari punca kematian dalam tempoh satu malam.

Anak lelakinya menangguhkan temu janji dengan teman wanitanya untuk membantu ayahnya yang memeriksa mayat yang tersebut.

Pinggang yang kecil menunjukkan bertahun-tahun diikat dengan korset, manakala kecederaan dalaman seperti lidah yang dipotong, parut pada paru-parunya, pergelangan kaki dan tulang pergelangan tangan yang hancur menandakan mangsa didera dalam tempoh yang sangat lama.

Sepanjang malam, tubuh mayat itu disiasat secara dalaman. Satu demi satu prosedur autopsy dijalankan dan semakin lama pelbagai perkara mereka temui dan pelbagai peristiwa pelik mula berlaku.

Laporan berita memberitahu bahawa ribut petir sedang melanda di luar, dan laluan untuk melarikan diri dari bilik mayat disekat oleh pokok tumbang selepas lif dari bilik bedah siasat bawah tanah berhenti berfungsi.

Siapa sebenarnya mayat wanita tanpa nama itu? Mengapa banyak kejadian aneh berlaku?

Filem ni memang suspen dan memberikan rasa seram, ngeri yang seronok untuk pengemar thriller/horror.

Untuk yang berminat untuk tonton boleh tengok di Netflix.

#Lemon8Ramadan

#movie

#moviereview

#horrormovies