Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

The Rope Curse 2

The Rope Curse 2

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
The Rope Curse 2 JPEG Скачать

“Lagenda ada mengatakan bahawa apabila seseorang membvnvh diri dengan menggantvng diri, “TALI” yang mereka gunakan telah disumpah dan dikutuk!”

Menurut ritual kuno beribu tahun dahulu yang dijalankan di Wilayah Fujian China, satu-satunya cara untuk mengangkat sumpahan terkutuk itu adalah melakukan “RITUAL TALI” dengan membakar tali tersebut dan membuangnya di laut.

THE ROPE CURSE (2020) #Netflix

Filem SERAM MISTIK dari Taiwan ini mengisahkan Jia-min seorang gadis muda yatim piatu yang telah kematian Ibubapanya akibat perbuatan ROH JAHAT yang disebabkan oleh Jia-min sendiri, memandangkan dia mempunyai kebolehan untuk melihat dan merasa kehadiran makhluk ghaib dan roh-roh gentayang yang masih belum ada urusan yang selesai di dunia ini.

Walaupun demikian, Jia-min menggangap “anugerah” yang dimilikinya adalah berupa sumpahan dan nasib malang yang sentiasa menyusahkan hidupnya.

Jia-min tinggal bersama makcik dan pakciknya yang kaki pukul dan juga seorang pengedar dadah. Untuk menyara hidupnya sendiri, Jia-min mengambil upah membuat ritual pengusir dan menyeru hantu.

Suatu malam, pakcik Jia-min didapati mati menggantvng diri dengan misterinya dan tidak berapa lama kemudian, makciknya pula menyusul mati dalam keadaan yang sama.

Jia-min dapat merasa kematian pakcik dan makciknya berkait satu sama lain dan disebabkan oleh gangguan roh jahat yang berdendam.

Bersama-sama 2 orang rakannya yang juga telah melibatkan diri dalam dunia mistik, mereka bertiga bekerjasama merungkai misteri kematian orang-orang yang mati akibat menggantvng diri dan mencari jalan untuk menghentikan sumpahan “TALI BERHANTU” itu.

PERSOALANNYA..Dari mana asal usulnya kutukan “Tali Berhantu” itu?? Jawapannya ada di dalam “The Rope Curse 2” ini.

Pada pendapat peribadi sis, The Rope Cursed 2 ini lebih menarik dari “The Rope Cursed 1 (2018)”.

Elemen-elemen seram yang disajikan juga agak lumayan dan menakutkan. Terutama babak-babak ketika ritual memanggil roh/syaitan dan yang kerasukkan. Kesan visualnya bagi sis memang ON-POINT!

Tapi sayangnya..ada beberapa kekurangan dari segi kekuatan ceritanya yang mungkin akan membuatkan sesetengah penonton merasa bosan seketika.

Keseluruhannya, THE ROPE CURSE 2 mempunyai konsep sebuah filem bergenre SERAM MISTIK yang menarik, menghiburkan dan agak menyeramkan juga! Tontonlah waktu sunyi dan gelap!😉

Rating Peribadi mengikut citarasa sis:

•Plot/Storyline 6/10

•Sinematografi & Visual, Sounds 8/10

•Elemen Seram 8/10

•Lakonan 8/10

MUTIARA HATI:

“2 perkara yang tidak seharusnya dipercayai sebelum mencuba ialah makanan dan filem/cerita kerana lain org lain citarasa lain pendapat”

🔥🔥DON’T LIMIT YOU SELF!”🔥🔥

#horrormovie #movienight #movies