Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

3 MINUMAN WAJIB CUBA UNTUK KEMPISKAN PERUT BUNCIT!

3 MINUMAN WAJIB CUBA UNTUK KEMPISKAN PERUT BUNCIT!

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
3 MINUMAN WAJIB CUBA UNTUK KEMPISKAN PERUT BUNCIT! JPEG Download

Say Bye Buncit👋🏻

1. Air Asam Jawa

Saya tahu petua ini dari facebook. Ada yang share di timeline saya dan cakap minum air asam jawa ini bagus untuk perut. Air asam jawa ini memang bagus membantu mencuci perut dan melawaskan sistem percernaan. Jadi selepas je minum, kita terus rasa nak membuang air besar. Cara penyediaan nya ialah, ambil asam jawa dalam 2 sudu makan, dan letakkan dalam secawan air panas. Guna air kosong yang panas untuk memudahkan asam jawa itu larut dalam air. Selepas itu biarkan bermalaman, tutup cawan tersebut agar tidak dimasuki semut atau lalat dan minum air tersebut waktu anda bangun keesokan harinya. Air asam jawa ini bukan bagus untuk perut je, air asam jawa ini bagus untuk menyegarkan badan, mencantikkan suara, dan tubuh badan yang sihat langsing kurus.

2. Air Teh Hijau

Banyak khasiat teh hijau ini. Memang tidak dinafikan memang teh hijau ini membantu membakar lemak jahat dan degil di perut. Teh hijau ini membantu melajukan sistem metabolisma dalam badan. Jika anda rasa teh hijau mahal. Anda silap. Anda boleh beli teh hijau jenis uncang jenama boh. Anda boleh dapatkan teh hijau boh 50 uncang atau sachets dengan harga Rm10 sahaja. Murah bukan?

3. Air lemon detoks.

Tidak dinafikan air lemon detoks ini memang bagus menyingkirkan lemak jahat di bahagian perut dan akan membuat perut kita lebih cepat kempis. Perut kita menjadi buncit dan boroi disebabkan gas jahat yang terperangkap dalam perut kita disebabkan makan gelojoh, minum ketika makan, dan terus baring selepas makan. Jadi dengan minum air lemon detoks ini memang membantu membuang gas atau angin di dalam perut. Bak kata orang puteh, drinking lemon detoxs is just like your inner body taking bath. Kebaikkan lain air lemon detoks ini ialah menyingkirkan toxin jahat dalam badan, memudahkan badan menyingkirkan bahan kumuhan, badan tidak berbau ketika berpeluh, peluh tak berbau, badan berasa ringan, berat badan turun. #tipsdiet #lemon8