Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

DOCTOR, BOLEH TAK SAYA NAK CZER?

DOCTOR, BOLEH TAK SAYA NAK CZER?

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
DOCTOR, BOLEH TAK SAYA NAK CZER? JPEG Descargar

Hi #Lemon8MomsClub !

Yes itu lah perkataan yang keluar dari mulut i masa hari sepatutnya i serah diri 41weeks mengandungkan Ayyash. I dua kali warded. First sebab baby kurang gerak. 3hari 2 malam. I boleh balik sbb baby takde masalah and i reject induce sbb masatu belum 40 weeks.

Kali kedua 3 hari before tarikh serah diri (41weeks) ketuban i leaking tp sikit2 tau. I kena tahan tapi bukaan tetap 2cm selepas 2 kali induce ubat🥺 Masa doc nak induce kali ketiga (pecahkan ketuban) i taknak 😭 masa ni lah i beranikan diri tanya boleh tak i nak czer je. Nak tau tak kenapa?

Sebab first, i ada gbs. I leaking ketuban 3 hari and induced but still takde jalan. I sangat risau baby i kena infection bcs of that gbs. Memang la dah drip antibiotic sejak i mula2 warded. But i still risau sebab i baca gbs tetap boleh affect baby walaupun dah antibiotic. Kalau lalu ikut bawah tu lagilah besar possibility.

Masa doc explain pasal pecah ketuban, dia ckp, dalam 8 jam if jalan takde atau sedikit je bukaan i tetap akan kena czer. And the worst part, husband tak boleh teman 😢 kalau sakit kat lr tu sorang2 sakit la sorang2. I lagilah overthinking about the baby. Sebab bila pecah ketuban ofcourse lagi cepat la kuman gbs tu merebak kat baby 😭😭😭

Kedua, ha ni yg i nak spill. I SANGAT ANNOYED DGN NURSE HOSP YG I BERANAK. I sebenarnya malas dah tau nak ingat or cerita but, disebabkan perangai diorang i jadi takut, trauma and menyesal beranak kat gov. Bukan takde yg baik but most of them mcm takde common sense ya. Nurse 1 bagi i arahan lain, nurse 2 arahan lain. Pastu marah2 sbb kata i slow lah apa. Ingat aku robot?

Kerja dorang kasar tarik tolak jarum mcm tangan i ni botot ayam 🤬 Paling i tak boleh lupa lepas dah beranak i tak boleh menyusukan Ayyash sbb dia tounge tie pastu dorang boleh hina2 maki2 i kata i taknak susukan anak (boleh tengok post sebelum ni) banyak sangat red flag hospital tu.

I ada baca review orang lain pasal hospital tu case sama dgn i doc pecahkan ketuban. Tapi dorang lambat bertindak, baby meninggal sbb lemas. Ada yang baby jadi oku sampai besar sbb kecuaian pihak hospital itu.

I SANGAT BERSYUKUR SBB I MINTAK CZER lepas baca review orang lain. Alhamdulillah Ayyash lahir sihat, dan sangat baik. Mungkin i tak dapat rezeki pengalaman melahirkan yg lancar but i dapat rezeki anak yang sangat mudah dijaga.

Untuk keadilan i, posting i pasal hospital tu viral kat fb, pihak jabatan kesihatan ambil tindakan & report posting i tu. Baru ni kakak ipar i bersalin situ, ada la perubahan, dah boleh ada pelawat (sebelum ni tak boleh langsung, lepas beranak czer uruskan diri & baby sorang2, imagine)

Okay itu ajelah, cerita banyak2 karang tak tidur lena sistur teringat balik 🤣 cuma doa saya semoga ibu2 yang bakal melahirkan anak dilayan baik dan dpt pengalaman yg manis2 je. In shaa Allah

Thank you for reading. Follow me for more 🥰

#WeeklyChallenge #Rezeki #pregnancy #csection #baby #newborn #BadExperience #BerbezaItuNormal #momlife