Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

Salah ke kalau aku ikut kehendak

Salah ke kalau aku ikut kehendak "Mak" 🤧

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
Salah ke kalau aku ikut kehendak JPEG Tải xuống

Hellooo Lemonies 🍋🍋

Saya nak share pengalaman sy masa study dulu. Time tu baru 4bulan study dekat Uni. Sem satu. Geng² roommate sy ada dalam 4orang termasuk sy sekali tapi ada 2 orang kawan nie yg dari bilik lain selalu lepak dan stay dekat bilik kitorang.

Kebetulan sy study dulu tak jauh dari rumah, dalam sejam je dah sampai & nak balik tu memang pengangkutan awam mudah je nak dapat. So nak dijadikan cerita. Mak sy nie sejenis yang tak boleh kalau anak dia tak balik. Boleh kata tiap-tiap minggu dia nak nampak anak dia depan mata baru dia happy. Dah memang jadi rutin dia tiap kali pagi jumaat ngam² pukul 8am mesti akan call sy tanye "Harinie kelas habis pukul berapa? Kelas pagi je kan? balik rumah kan?" Haha. Pernah laa jugak tak dapat balik sebab ada kelas ganti or ada assignment urgent nak kena settlekan tapi itu pun dia akan buat suara sedih & tanye macam² soalan "Kenapa tak dapat balik, memang kejap pun tak boleh balik ehh" Haha.

So bila dah tiap-tiap minggu balik nie. Sorang geng roommate yg dari bilik lain tapi suka lepak kat bilik sy nie. Sy bg nama dia "Q" laa. Q nie dia pernah tanye sy. Perlu ke nak balik tiap-tiap minggu. Sy bagitau dia mak sy yang minta sy balik. lagipun kalau takde apa nak buat, takpe laa sy balik tp dia mcm tak puas hati. Dia kata dia pun duduk dekat je tapi takde laa jahat nak tinggal geng² lain dekat hostel macam tu je tiap minggu. Sy dah explain dekat dia sy tak sampai hati nak tolak permintaan mak sy bila mak call tanye sy balik ke tak sebab bila sy kata balik, mesti suara mak happy giler. Tp Q cakap semua bende tu mengada-gada je. siap cakap sy nie anak mak sgt 🤧

Q (bukan budak roomate sy)- nie duduk area selangor sama dengan sy

F (bukan budak roomate sy) - Duduk penang

E (Roommate sy) - Duduk Johor

Y (Roommate sy) - Duduk Perak

H (Roommate sy) - Duduk Perak

Ada satu malam tu, Sy baru balik dari rumah. Sampai² je hostel & masuk bilik. Tengok diorang semua tengah sembang dan kumpul sama². Elok sy nak letak beg. Q nie terus cakap kuat² "Wey cepat² jom siap², jom member aku ada kereta nak ajak kita jalan-jalan nie. Cepat² siap" dan langsung tak ajak sy pun. Time tu memang rasa sedih & down sgt. Sy terus pergi toilet. Xlama tu F pun masok toilet jumpa sy. Dia cakap "Ieda, Minta maaf. Aku tak sampai hati tgk hang sebenarnya. takda laa nak ikut depa sangat. Tapi Q dah rancang awai² tadi. Dia kata elok ja hang sampai. Kami semua kena terui siap dan keluaq jalan cepat². Sorry tau ieda tp aku terpaksa ikut depa". Sy pun cakap "takpe F aku faham. Aku ok je" tp dalam hati time tu mmg dah sedih sangat-sangat. Dan dorang betul² keluar time tu smpai nak dekat pukul 12malam tinggal sy sorang² kat bilik 😫

Nak sampai habis sem 1 jugak laa diorang buat sy mcm tu. Sampai tilam sy dah jadi hak milik Q & sy kena tido kat lantai guna toto dengan F. Bila tegur katanya sy kan selalu balik rumah. Buat apa nak ada tilam. Malas nak bertekak sy diam je laa. Mula-mula tu memang terasa sangat tp tulah, Sy tetap jugak dengan rutin balik rumah tiap² minggu tanpa serik walaupun dipulaukan sebab mak sy pun tak berapa nak sihat time tu. So nak cakap tak balik kat mak memang tak sampai hati dan kebetulan time tu sy dah kenal dengan husband sy. Dia laa yg byk teman sy tiap kali nak makan dan teman sy hari² buat assignment ke apa wlpn kitorang tak sama kos.

Dan masa cuti sem 1 tu, Mak sy dapat tau dia ada kanser tulang dekat kaki. Agar besar jugak sebab first operate tu doktor ada terlepas pandang dan tersalah operate so terpaksa kena transfer dekat HKL. Sebulan jgk sy teman mak check in dekat HKL. Nasiblah kebetulan time tu sy tengah cuti sem.

Bila start sem 2 tu, Balik je hostel. Roommate sy semua dapat tau pasal mak sy dan tak pulaukan sy kecuali Q tu. Dia still macam tak puas hati tapi sy malas nak amek tau. sy abaikan je. Bila dah sem 3, Sy duduk luar & duduk dgn geng² kos sy. Alhamdulillah. diorang ok dan xkesah pun sy balik² tiap minggu.

Tapi ada hikmah jugak sy selalu balik. Setahun lepas sy habis study, Mak sy masuk hospital lagi sebab kanser dia merebak ke par-paru dan dapat tau pun bila kanser paru-paru tu dah stage 4. Xsampai 2minggu dapat tau penyakit mak, 08/05/2013. Mak pergi tinggalkan sy 🤧 Hmmm, dah 11tahun tanpa mak. Rinduuu 😭😭

#AtMyAge #AnonymousStory #lemon8story #AkuJeKe #WeeklyChallenge #ViralOnLemon8 #Lemon8Malaysia