Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Sup Daging ala Thai sedap baq hang!

Sup Daging ala Thai sedap baq hang!

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
Sup Daging ala Thai sedap baq hang! JPEG Herunterladen
Sup Daging ala Thai sedap baq hang! JPEG Herunterladen
Sup Daging ala Thai sedap baq hang! JPEG Herunterladen

Bahan-bahan (direbus) :

Daging

3 inci halia, diketuk

3 hiris lengkuas, diketuk

2 akar pokok daun ketumbar

1 biji bawang holland kecil, dihiris

1 batang kecil kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

1/2 sudu gula

Bahan-bahan:

3-4 ulas bawang putih, diketuk

2 batang serai, diketuk

5 - 7 tangkai cili api thai / cili api

3 helai daun limau purut

1 biji bawang holland, dihiris

2 tangkai daun ketumbar, dihiris

1 biji tomato, dipotong baju

2 biji limau nipis, diperah ambil jus

3-4 sudu sos ikan

Cara-cara:

1. Masukkan daging, halia, lengkuas, akar pokok ketumbar, bawang holland, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk berisi air dan direnih hingga daging lembut. Jangan letak air terlalu banyak.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan serai, bawang holand, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan naik wangi.

3. Masukkan tumisan ke dalam sup tadi bersama tomato.

3. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. (sos ikan wajib ada untuk rasa lagi kick)

4. Biarkan dimasakan dama 2-3 minit dan tutup api dan taburkan daun ketumbar.

5. Sewaktu menghidang boleh perahkan lagi limau nipis supaya lebih rasa kick!

Nota : Jangan letak garam sewaktu merebus sebab sos ikan agak masin dan tambah garam bila perlu.

selamat mencuba dan sila berkongsi

📍Wangsa Maju

#umifuzymasak #lemon8resepi #Lemon8MomsClub #masaksimple #dapurumifuzy #supdaging #supdagingalathai