Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

GOBLIN [ SINOPSIS ]

GOBLIN [ SINOPSIS ]

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
GOBLIN [ SINOPSIS ] JPEG Descargar
GOBLIN [ SINOPSIS ] JPEG Descargar
GOBLIN [ SINOPSIS ] JPEG Descargar
GOBLIN [ SINOPSIS ] JPEG Descargar
GOBLIN [ SINOPSIS ] JPEG Descargar
GOBLIN [ SINOPSIS ] JPEG Descargar
GOBLIN [ SINOPSIS ] JPEG Descargar
GOBLIN [ SINOPSIS ] JPEG Descargar
GOBLIN [ SINOPSIS ] JPEG Descargar

Genre :

Komedi, Drama, Fantasi, Romantik

Dibintangi oleh :

Gong Yoo, Kim Go Eun, Lee Dong Wook, Yoo In Na, Yook Sung Jae

Drama:

Korea (2016)

SINOPSIS:

Drama ini menceritakan Kim Shin (Gong Yoo) merupakan seorang jenderal dari Dinasti Goryeo ini hebat dan tak terkalahkan. Kehebatan Kim Shin membuat rakyat begitu menghormatinya dan itu menimbulkan rasa iri pada hati sang raja Wang Yeo ( Kim Min Jae) yang masih muda tersebut. Dia pun dianggap sebagai pengkhianat dan keluarganya, termasuk adiknya yang merupakan isteri raja, dibunuh di hadapannya.

Melihat kejadian itu, sang jenderal pun memilih untuk mengakhiri hidupnya dengan cara terhormat. Dia meminta tentera istana untuk menusuk dirinya dengan menggunakan pedang miliknya (pedang Kim Shin). Kerana pedangnya sudah banyak bersimbah darah dari orang-orang yang dia bunuh, sehinggakan dia dikutuk menjadi Goblin yang abadi.

Di awal dia merasa menjadi seorang yang tak bisa mati itu adalah sebuah berkah tapi ternyata menjadi seorang yang abadi membuatnya menderita kerana dia harus menyaksikan orang-orang yang dia kasihi satu persatu pergi meninggalkannya.

Namun untuk mengakhiri keajaibannya, harus ada seseorang yang dapat mencabut pedang di dadanya itu dan yang dapat melakukannya hanya pengantin Goblin. Tak terasa Kim Shin sudah hidup selama 900 tahun dan tanpa sengaja dia sudah ikut campur dalam nasib seseorang.

Suatu hari, dia menolong wanita hamil yang seharusnya meninggal dan sedang dicari oleh Grim Reaper ( Lee Dong Wook). Berkat pertolongan Goblin, wanita itu selamat melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Ji Eun Tak (Kim Go Eun). Saat ibunya meninggal, Eun Tak akhirnya bertemu dengan Grim Reaper.

Waktu pun berlalu dan Eun Tak tumbuh jadi anak yang ceria, tapi nasibnya selalu malang kerana tinggal bersama mak ciknya. Tanpa sengaja semasa ulang tahunnya dia memanggil Goblin saat dia meniup kek yang dibelinya. Kim Shin kebingungan kerana dia ada di depan Eun Tak secara tiba-tiba. Dia hanya tahu dirinya mendengar suara Eun Tak memanggilnya. Secara kebetulan nasib mereka pun saling berkaitan.

Kim Shin terkejut apabila dia mengetahui Grim Reaper tinggal bersamanya ini kerana ulah Yoo Deok-hwa (Yook Sung-jae), anak buah kepada Kim Shin, menyewakan rumahnya kepada Grim Reaper. Eun Tak juga akhirnya tinggal di rumah tersebut kerana dia merasa kalau dirinya adalah pengantin Goblin yang dapat membantu Kim Shin menarik pedangnya.

Setelah beberapa tempat yang tidak menerima Eun Tak sebagai pekerja, akhirnya Eun Tak mendapat kerja di kedai makan ayam milik Sunny (Yoo In-na). Sunny adalah pemilik kepada kedai makan ayam itu adalah seorang yang suka bersendirian. Namun satu hari, dia terjumpa dengan Grim Reaper dan menganggap Grim Reaper adalah manusia biasa. Setelah mereka kerap berjumpa, akhirnya mereka mempunyai perasaan terhadap diri masing-masing.

Alur cerita pun menjadi semakin menarik apabila sejarah hidup mereka terungkap satu persatu yang berkaitan dengan masa lalu. Adakah Eun Tak berjaya membantu Kim Shin menarik pedang yang menusuk di dadanya? Lalu bagaimana dengan nasib Grim Reaper yang juga mencari dirinya?

Untuk mengetahui lebih lanjut jalan ceritanya, jangan lupa menonton drama ini di aplikasi Viu & Disney Hotstar.

Very Recommended!

Annyeoung! Kamsahamnida \^o^/

#RayaLemon8 #lemon8review #RacunLemon8 #Malaysia #kdrama #koreanstyle #lemon8sharing