Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

Siapa Pernah Lalu BANGLO 'Berhantu' di PJ Ni?

Siapa Pernah Lalu BANGLO 'Berhantu' di PJ Ni?

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

PHOTOS
Siapa Pernah Lalu BANGLO 'Berhantu' di PJ Ni? JPEG Télécharger
Siapa Pernah Lalu BANGLO 'Berhantu' di PJ Ni? JPEG Télécharger
Siapa Pernah Lalu BANGLO 'Berhantu' di PJ Ni? JPEG Télécharger
Siapa Pernah Lalu BANGLO 'Berhantu' di PJ Ni? JPEG Télécharger
Siapa Pernah Lalu BANGLO 'Berhantu' di PJ Ni? JPEG Télécharger
Siapa Pernah Lalu BANGLO 'Berhantu' di PJ Ni? JPEG Télécharger
Siapa Pernah Lalu BANGLO 'Berhantu' di PJ Ni? JPEG Télécharger

Hai semua! 🍋

Bang Wan di sini! 🫰

Bagi mereka yang minat dengan cerita paranormal & seram, mesti korang pernah kan dengar cerita sebuah banglo usang di Bukit Gasing, Petaling Jaya yang dikatakan 'berhantu'

📍Banglo SG Bukit Gasing, PJ

No 3, Jalan 5/64 Bukit Gasing,

46000 Petaling Jaya Selangor.

Misteri banglo mewah yang dikenali dengan nama SG House ini pernah menggemparkan penduduk setempat dengan pelbagai variasi cerita seram.

Apa yang menarik, rumah banglo ini seperti ditinggalkan begitu sahaja tidak berpenghuni lebih 10 tahun yang lalu. Siap pakej sekali kereta Porsche pun ditinggalkan begitu sahaja!

Kenapa dipanggil 'Banglo SG' ?

Kerana di pagar depan pintu masuk tertera abjad SG sebesar alam. Ada bermacam versi ceritalah apakah makna SG yang dimaksudkan.

Memetik cerita orang awam, SG House dikatakan diambil dari nama pemiliknya iaitu Sanjay Gill (SG).

Ada orang kata doktor tersebut mengakhiri hidupnya dengan 'tindakan sendiri' selepas isterinya mendapat tahu dia mempunyai perempuan simpanan dan bertindak untuk membunuh wanita itu.

Ada juga dakwaan lain mengatakan kecurangan merupakan punca utama isteri doktor itu menikamnya bersama perempuan simpanan dan anak perempuan mereka di banglo itu.

Tapi itu bukanlah cerita sebenar, dan mungkin lebih kepada cerita rekaan rakyat untuk melariskan jualan bacaan & tontonan.

Pada penghujung tahun 2022 yang lalu, banglo usang ‘berhantu’ di Bukit Gasing ini dilelong pada harga RM4.4 juta menurut laman Facebook Selangor Auction Property.

Berdasarkan carian di Pejabat Tanah, pemilik sebenar rumah ini bernama 'Raymond Goh' dengan kad pengenalan bermula dengan nombor 61.

Maksudnya ketika ini usinya mungkin sudah 63 tahun. Tapi tidak dapat dipastikan dimanakah tuannya sekarang.

Rumah ini digadaikan pada bank pada Mac 2013 boleh dikatakan baru lagi sebab tu lelong masih ON!

Rumah ini didaftarkan atas milik Shihan Goh Healing Academy Sdn Bhd dan ada kemungkinan syarikat tersebut telah pun lingkup menjadikan rumah berkenaan diserah kepada pihak bank yang memberi pinjaman hutang.

Jadi tahulah kita SG tu juga membawa maksud 'Shihan Goh'.

Tapi kalau ikut jiran-jiran setempat, rumah ini tidaklah begitu seram, tapi lebih kepada menjadi sarang dadah kaki-kaki gian. Patutlah buat cerita berhantu, takut orang masuk tengok. Mereka la hantu sebenarnya!

Tidak dipastikan apakah status terkini rumah ini kini. Katanya dah dapat tuan baru selepas dilelong 2022 hari tu, tapi keadaannya masih sama seperti dulu.

Korang kalau lalu ke sini nak hiking Bukit Gasing tu bawak-bawaklah tinjau Banglo SG ni sama Ok. Nanti buat laporan di komen bawah. nak tahu jugak jadi apa sekarang ni rumah tu. Hehe.

Ikuti abang untuk lebih info & tips travel. Semoga bermanfaat! 💪

#TravelWithLemon8 #Lemon8Malaysia #Lemon8Travel #CutiBersamaLemon8 #AnonymousStory