Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Naik Feri SEPANG - PORT DICKSON Bawah RM1 Je? ⛴️

Naik Feri SEPANG - PORT DICKSON Bawah RM1 Je? ⛴️

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Naik Feri SEPANG - PORT DICKSON Bawah RM1 Je? ⛴️ JPEG Download

Hai semua! 🍋

Bang Wan di sini! 🫰

Siapa pernah naik feri nostalgia ni?

Sungai Sepang 'The Forgotten Ferry'

Jika di Teluk Intan masih lagi ada bot penambang yang membawa penumpang menyeberangi Sungai Perak, mungkin ramai yang tidak tahu di sempadan Selangor - Negeri Sembilan pun terdapat perkhidmatan bot penambang/feri yang serupa.

Menghubungkan Sungai Pelek di Sepang & Bukit Pelanduk di Port Dickson, perkhidmatan bot tambang berusia lebih 70 tahun ini memendekkan masa perjalanan penduduk setempat.

Cuma 5 minit ja bawa motor lintas naik feri berbanding ikut jalan besar yang ambil masa satu jam.

Tambang? RM0.70 sahaja seorang + RM0.70 sebiji motor. Total RM1.40 sahaja sehala.

Diusahakan oleh seorang penduduk tempatan bersama anaknya. Diwarisi generasi ke generasi.

Tak payah tunggu lama² sini. Ada 1-2 biji motor pun dia jalan ja.

Google Maps/Waze:

📍Ferry To Negeri Sembilan

Taman Ria 2, 43950 Sungai Pelek, Selangor.

Bawa SYM Husky naik feri a.k.a bot penambang melintas sempadan dua negeri antara Selangor & Negeri Sembilan.

Sungai Sepang berfungsi sebagai garis sempadan antara dua negeri.

Di sebelah sini adalah Sungai Pelek, Sepang Selangor & di seberang sana adalah Bukit Pelanduk, Port Dickson Negeri Sembilan.

Menariknya, feri ini dah beroperasi lebih 70 tahun bermula pada tahun 1950-an lagi dan hanya mengangkut pejalan kaki, basikal dan motosikal sahaja.

Jangan mengada² nak bawak kereta ya, memang tak boleh naik. Bukan feri Penang mahupun RORO Langkawi yang ni.

Waktu operasi bermula bermula jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang setiap hari. Waktu rehat pulak jam 1 -2 p.m. Standard ofis waktunya kata kau! 😬

Kalau nak pi cuba tengok boleh cuba pi sekarang ni!

Rasanya tak lama dah perkhidmatan feri ni sebab ada jambatan yang baru nak buat hubungkan Sungai Pelek & Bukit Pelanduk.

Kalau nak cari idea kayuh basikal atau ride hujung minggu tak tau nak pi mana boleh cuba mai sini.

Ikuti abang untuk lebih info & tips travel. Semoga bermanfaat! 💪

#TravelWithLemon8 #Lemon8Malaysia #Lemon8Travel #CutiBersamaLemon8 #CutiCutiMalaysia