Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

DISNEYLAND Malaysia Dah Jadi Bandar Hantu?👻

DISNEYLAND Malaysia Dah Jadi Bandar Hantu?👻

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
DISNEYLAND Malaysia Dah Jadi Bandar Hantu?👻 JPEG Herunterladen

Hai semua! 🍋

Bang Wan di sini! 🫰

Tahukah anda di Malaysia pun ada 'Disneyland' dia yang tersendiri di negeri PERAK?

Sayangnya sekarang 'Disneyland Malaysia' tersebut telah ditinggalkan & menjadi 'bandar hantu" !

📍Bandar Agacia, Kampar PERAK

Pernah dengar nama Bandar Agacia?

Tempat ni sinonim dengan julukan 'Disneyland Malaysia' oleh kerana suasana bangunan di sini yang berwarna-warni seperti taman tema.

Pernah menjadi tarikan pelancong disebabkan warna dan struktur bangunannya yang ceria serta menarik perhatian, sehinggakan mendapat gelaran Disneyland tersebut, kini Bandar Agacia pada siang harinya boleh dikatakan agak suram dan kurang dikunjungi pengunjung.

Bila masuk sini suasana dia seakan-akan berada di negara Eropah, walaupun perincian dia yang berbeza dengan tema Inggeris.

Sebenarnya masih terdapat beberapa lot kedai yang beroperasi pada waktu tertentu dan difahamkan ada kedai makan yang dibuka pada waktu petang, termasuk pasar malam.

Bandar Agacia ni terletak 2 kilometer je dari pekan Kampar. Tapi entah di mana silapnya, lokasi yang berpotensi menarik pengunjung dari dalam dan luar Perak ni tidak rancak dan seakan kosong.

Mungkin lebih banyak promosi dan program wajar dilakukan di situ, bagi menarik lebih ramai orang untuk bergambar dan melawat bangunan tersebut.

Sebelum ini, netizen turut menanyakan keadaan di situ yang dikatakan seperti tidak berpenghuni, ibarat 'bandar hantu' 👻

Antara komen yang kita selalu nampak di internet di kalangan netizen, antara perubahan yang perlu dilakukan,

"Bandar & konsep dah cantik, tetapi kurang pelancong dari dalam dan luar negeri"

"Kena ada buat pasar malam atau 'food truck' waktu malam, kena ada wayang dan tempat boling, baru pengunjung rajin datang"

Moga-moga ada pihak yang dapat menaikkan kawasan ni balik dan pihak berkuasa tempatan boleh memainkan peranan dengan lebih mempromosi dan lokasi Bandar Agacia Kampar ini kepada orang ramai.

Setahu abang sekarang ni dah ada pasar malam yang beroperasi setiap Sabtu bermula jam 6 petang di sepanjang jalan di Bandar Agacia.

Eloklah tu, moga Disneyland Malaysia ni tidak ditinggalkan begitu sahaja. Sayang sungguh tau!

Korang kalau ada masa meh la singgah di sini kalau lalu Kampar untuk ke Ipoh okeh! 🫰

Ikuti abang untuk lebih info & tips travel. Semoga bermanfaat! 💪

#TravelWithLemon8 #Lemon8Malaysia #Lemon8Travel #CutiBersamaLemon8 #WeeklyChallenge