Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Main Kuda di PUTRAJAYA Semurah RM20 Je? 🏇

Main Kuda di PUTRAJAYA Semurah RM20 Je? 🏇

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Main Kuda di PUTRAJAYA Semurah RM20 Je? 🏇 JPEG 下载

Hai semua! 🍋

Bang Wan di sini! 🫰

Teringin nak rasa naik kuda?

Tapi tak tahu dekat mana?

Meh abang bawa hangpa pi naik kuda semurah RM15 sahaja!

Sesuai bawa keluarga terutama sekali anak-anak!

📍Taman Equestrian Putrajaya

Presint 5, 62000 Putrajaya

Ada beberapa aktiviti yang boleh dilbuat di Taman Equestrian Putrajaya:

- Joy Ride

- Stable Tour (minimum 10 pax)

- Photoshoot ( perlu tempahan)

- Riding School Packages (Beginner, Intermediate, Advance)

Biasanya kalau datang sini kita akan naik 'Joy Ride' ni la. Naik kuda sebenar yang besar-besar (kuda polo ya, bukan kuda padi).

Bukan kita naik sendiri la, akan ada petugas atau penjaga kuda yang akan menemani kita tarik kuda mengelilingi sekitar kandang kuda.

Lebih kurang 10 minit jugak untuk satu sesi tu dia bawa pusing-pusing. Yang penting pengalaman naik kuda tu sambil-sambil boleh OOTD dan bergambar dengan kuda!

Aktiviti lain seperti Stable Tour korang perlukan minimum 10 orang untuk buat aktiviti ni. Kita akan dibawa melawat sekitar kandang kuda sambil mengenali kuda & bermesra dengan kuda seperti bagi makan dan sebagainya.

🗓️ Waktu Operasi:

Selasa - Ahad (Isnin Tutup)

🕜 Ada 2 sesi setiap hari:

Sesi Pagi: 8.30 a.m - 10.30 a.m

Sesi Petang: 4.30 a.m - 6.30 p.m

💲Harga aktiviti ( Joy Ride)

Dewasa : RM20

Kanak-kanak : RM15

Tapi ada diskaun 30% kalau datang hari Rabu

(Rabu sahaja)

Dewasa : RM15

Kanak-kanak : RM10

Untuk naik kuda ni dinasihatkan untuk datang awal pagi. Ada dua sesi, pagi & petang. Setiap sesi dibuka selama dua jam sahaja. Kalau petang takut hujan pulak.

Untuk naik kuda ni berat maksiimum yang dibenarkan adalah 90KG. Kalau lebih dari tu harap maklum la. Boleh tengok ja dari tepi.

Boleh terus ja 'walk-in' di kaunter yang dibuka seawal jam 8.30 pagi. Kalau nak buat aktiviti lain seperti photoshoot tu kena booking la awal-awal.

Abang sangat rekomenkan bagi mereka yang tak tahu nak buat apa hujung minggu bersama anak-anak atau dengan kawan-kawan boleh mai sini cuba naik kuda.

Pengalaman sekali sekala seumur hidup. Bila lagi kan nak rasa?

Google Maps/Waze je:

📍Taman Equestrian Putrajaya

Terus sampai ke kandang kuda ni. Ada hari petang-petang boleh tengok perlawanan polo di padang sebelah kandang ni. Ada cafe menarik tepi ni tau yang selalu orang datang mengopi. Harus cuba!

Ikuti abang untuk lebih info & tips travel. Semoga bermanfaat! 💪

#TravelWithLemon8 #Lemon8Malaysia #Lemon8Travel #CutiBersamaLemon8 #CutiCutiMalaysia #wheretogo #WeekendActivity #Putrajaya #TamanEquestrianPutrajaya #HorseRiding