Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

PAPAN - Pekan 'Zombi' Sesuai OOTD di Perak!

PAPAN - Pekan 'Zombi' Sesuai OOTD di Perak!

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
PAPAN - Pekan 'Zombi' Sesuai OOTD di Perak! JPEG Download

Tahukah anda sebuah pekan bernama Papan yang terletak 15 KM dari Ipoh, 7 KM dari Batu Gajah?

Ibarat seperti sebuah pekan 'Zombi' yang ditinggalkan 👻

Pekan Papan pernah mencapai zaman

kegemilangan 100 tahun yang lalu. Tiba di Pekan Papan, kita seolah-olah berada di zaman lain.

'Papan' mendapat nama dari aktiviti pembalakan & membekal papan dahulunya.

Sekitar 1840, Papan dihuni oleh orang² Melayu & Cina. Apabila aktiviti melombong bijih timah bermula sekitar 1880-an, imigran dari China mula membanjiri Papan.

Pada zaman penjajahan Jepun, Papan pernah menjadi kubu kuat Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang kemudiannya menjadi Parti Komunis Malaya.

Kini hanya beberapa keluarga sahaja yang tinggal di Papan, dan yang tinggal hanya warga emas.

Disebabkan kejatuhan industri bijih dan juga dikategorikan sebagai kawasan hitam akibat aktiviti komunis, Papan mula ditinggalkan.

Tahukah anda tahun 1980-an, pekan Papan pernah dilanda kontroversi oleh kerana pencemaran sisa radioaktif & ramai penduduk tempatan yang keracunan.

Pekan Papan ni sangat sesuai kalau korang nak jadikan sebagai lokasi bergambar kahwin atau OOTD. Vibes bangunan² lama walaupun nampak seram tapi cantik sebenarnya. Kereta tak banyak, senang nak ambik gambar!

Kalau singgah ke Ipoh tu moh ler ke Papan. Di hujung pekan ni ada air terjun tau!

Ikuti & follow abang di Lemon8 untuk tips & panduan travel. Semoga bermanfaat !👋

#Papan #Perak #OOTD #Photography #SayaAnakMalaysia #CutiBersamaLemon8 #cuticutimalaysia #lemon8sharing #Lemon8Malaysia #TravelwithLemon8