Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Lubuk Pedati - Tempat Wajib Lawat Bila Mai Baling!

Lubuk Pedati - Tempat Wajib Lawat Bila Mai Baling!

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
Lubuk Pedati - Tempat Wajib Lawat Bila Mai Baling! JPEG Download

Malaysia ni dikurniakan keindahan alam yang mengasyikkan. Gunung, laut, sungai semua ada tapi kadang² kita ja yang tak perasan.

Negeri Kedah adalah salah satunya negeri yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Antaranya Pulau Langkawi.

Tapi disebalik keindahan pulau tersemat keindahan alam seperti sawah padi yang terbentang luas & gunung - ganang yang meninggi.

Baling, Kedah ada semuanya. Sawah, gunung, sungai, air terjun lengkap semua boleh dicari disini.

Hangpa mungkin jarang nak singgah Baling melainkan untuk hiking Gunung Pulai atau Gunung Baling. Tapi Baling ada banyak tarikan tersembunyi ala-ala port healing.

Salah satunya adalah Kampung Lubuk Pedati. Dia punya 'nature vibes' another level punya lawa. Ada titi gantung macam berada di Sabah/Gua Musang 🤣

Yang pertama kali sampai di Baling mesti tak percaya ada tempat yang cantik giler macam ni bawah Gunung Baling.

Terletak di kaki Gunung Baling, kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai bila tiba hujung minggu. Waktu cuti sekolah ni boleh tahan ramai orang.

Tahukah anda terdapat kedai makan popular tengahari di Baling yang terletak di tepi sungai?

Ya, itulah dia Ikan Bakar Lubuk Pedati!

Antara menu lain selain ikan bakar yang ada di sini yang patut korang cuba adalah ayam bakar, adam pedas tetel, masak lemak cili api daging salai & tempoyak ikan patin! Harga pun berbaloi!

Nak menginap di sini dan mandi sungai pun boleh. Ada banyak chalet & homestay di kawasan sekitar Lubuk Pedati. Kalau kena musim dia, air sungai ni jernih elok!

Di sini ada orang kampung buat pondok kecik untuk pelawat. Rate harga RM6 -10 sejam atau RM30/hari.

Nak main ATV pun boleh. Ada banyak pakej, nak redah sungai ka masuk gua, pusing kampung semua ada. Cari sahaja - ATV Baling tak jauh dari kedai makan.

📌 Kampung Lubuk Pedati,

Kampung Pantai Pulai, 09100 Baling, Kedah

#WeeklyInspo #SayaAnakMalaysia #Baling #Kedah #Healing #Picnic #Malaysia #TravelwithLemon8 #Lemon8Malaysia #CutiBersamaLemon8