从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法
桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。
PHOTOS | |||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 | ||
JPEG | 下载 |
Menyambungkan titik-titik Semenanjung Malaysia dari utara ke selatan melalui pantai timur & barat.
Banyak abang dapat DM mereka berminat nak tahu lebih lanjut tentang 'Rombongan Cik Kiah Pusing Semenanjung Malaysia' yang abang buat tempoh hari.
Sebelum ni abang dah cerita tentang idea & berapa bajet untuk buat roadtrip ni. Korang yang belum baca tu boleh rujuk posting abang sebelum ni dalam Lemon8 ni.
Kali ini pulak abang nak ceritakan secara lebih terperinci laluan dan itinerary selama hampir 2 minggu pusing Semenanjung Malaysia dengan berkereta.
Untuk makluman, perjalanan abang bermula di Kedah & berakhir juga di Kedah. Kita akan melalui semua negeri yang terdapat di Semenanjung Malaysia ini.
Hari 1️⃣ : Sik, Kedah - Kota Bharu, Kelantan
Persinggahan - Tasik Banding, Perak
- Rantau Panjang, Kelantan
Hari 2️⃣ : Kota Bharu, Kelantan - Kuala Terenganu
Persinggahan - Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu
- Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu
- Pulau Sri Tanjung, Tumpat
Hari 3️⃣ : Kuala Terengganu - Beserah, Kuantan
Persinggahan - Pantai Penarek, Besut
- Pasar Payang, K. Terengganu
- Jambatan Angkat, K. Terengganu
- Pantai Jambu Bongkok, Marang
Hari 4️⃣ : Beserah, Kuantan - Mersing, Johor
Persinggahan - Pantai Beserah, Kuantan
- Tanjung Lumpur, Kuantan
- Pekan, Pahang
- Tanjung Penyabong, Mersing
Hari 5️⃣ : Mersing, Johor - Bandaraya Johor Bahru
Persinggahan - Pantai Pasir Lanun, Mersing
- Pantai Air Papan, Mersing
- Bandar Mersing
Hari 6️⃣ : Johor Bahru - Melaka
Persinggahan - Stulang Laut, Johor Bahru
- Tanjung Piai, Johor
- Muar & Batu Pahat, Johor
Hari 7️⃣ : Melaka - Kuala Lumpur
Persinggahan - Rembau, Negeri Sembilan
- Alor Gajah, Melaka
Hari 8️⃣ : Kuala Lumpur - Ipoh, Perak
Persinggahan - Gunung Lang, Ipoh
Hari 9️⃣ : Ipoh, Perak - Penang
Persinggahan - Tanjung Piandang, Perak
Hari 🔟 : Penang - Kuala Perlis
Persinggahan - Padang Kota Lama, Georgetown
- Pantai Kuala Perlis
- Nat Pokok Getah, Perlis
Hari 11 : Kuala Perlis - Sik, Kedah
Persinggahan - Padang Besar, Perlis
- Wang Kelian, Perlis
- Pekan Rabu, Alor Setar
Sebenarnya korang boleh pendekkan atau panjangkan lagi masa perjalanan mengikut kemampuan masa & bajet anda.
Kalau cepat sangat pun tak best sebab 'rushing' tak sempat nak explore satu² kawasan tu. Kita nak santai-santai sahaja. Jalan makan, jalan makan je.
Jarak purata perjalanan dalam satu hari lebih kurang 250-300KM sahaja masa abang buat ni. Keluar tengahari, dan check-in hotel waktu petang. Masa perjalanan lebih kurang 3-4 jam sahaja sehari.
#CutiBersamaLemon8 #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #WeeklyInspo #TravelwithLemon8 #lemon8recommendations #PusingSemenanjung #VisitMalaysia