Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Tempat Picnic 'Tersembunyi' di Kuala Kubu Bharu! 🏕

Tempat Picnic 'Tersembunyi' di Kuala Kubu Bharu! 🏕

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

VIDEO
MP4 Original Video 下载
PHOTOS
Tempat Picnic 'Tersembunyi' di Kuala Kubu Bharu! 🏕 JPEG 下载

Kuala Kubu Bharu, sebuah pekan kecil di Hulu Selangor yang menjadi tarikan bagi penggemar aktiviti 'outdoor'.

Terletak satu jam perjalanan dari KL, segala-galanya ada di sini. Nak mandi sungai boleh, nak camping boleh, nak main 'water rafting' boleh, nak hiking, panjat gunung atau bukit semua ada!

Kuala Kubu juga menjadi tempat persinggahan atau transit bagi mereka yang ingin ke Bukit Fraser.

Tapi kali ni abang nak kongsikan 'hidden picnic' spot yang tak ramai orang tahu ada di KKB iaitu ALOR LEMPAH.

Siapa sangka di Kuala Kubu Bharu pun ada sungai tempat 'surfing' ala² di Jerman. Kalau anda dalam perjalanan ke Bukit Fraser, boleh singgah di sungai buatan yang tersembunyi ni.

Tak ramai yang sebenarnya tahu 'port' ni yang terletak tidak jauh dari pekan KKB. Bolehlah berkelah balik hari atau pun 'camping' sehari dua.

Seeloknya datang seawal pagi untuk dapatkan tempat yang fotogenik! Kalau mai lewat nanti penuh orang.

Bawaklah 'hammock' atau buaian boleh gantung di pokok sambil mendengar deruan air sungai yang berasal dari empangan ini!

Dah masuk 2-3 kali jugak abang datang ke sini. Kalau hujung minggu agak ramai orang sikit. Kalau nak best pergi hari biasa. Memang 'healing' betul dengar deruan air yang mengalir di sini

Bayaran masuk : Percuma

Parking : Luas & percuma

Suasana : ⭐⭐⭐⭐⭐

Waze/Google Maps: 📌 Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu Selangor

.

.

.

#Picnic #Camping #AlorLempah #Selangor #KualaKubuBharu #Recreation #Outdoor #TravelWithLemon8 #Lemon8Malaysia