Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

Sekinchan - Pengeluar Padi Terbesar Malaysia! 🌾🇲🇾

Sekinchan - Pengeluar Padi Terbesar Malaysia! 🌾🇲🇾

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

VIDEO
MP4 Original Video Скачать
PHOTOS
Sekinchan - Pengeluar Padi Terbesar Malaysia! 🌾🇲🇾 JPEG Скачать

Sekinchan pada ketinggian 500 meter dari paras laut.

Sekarang ni sebut sahaja nama Sekinchan semua orang tau. Berbeza 15-20 tahun lepas, orang akan tanya balik "Sekinchan? Dekat Mana Tu?"

Sekinchan ni pada asalnya hanya ada sawah padi, tapi komuniti setempat cipta tarikan yang buat orang ramai datang.

Tidak bergantung semata² dengan sawah padi, banyak pengusaha² pelancongan memperkenalkan Sekinchan sebagai destinasi eko-pelancongan.

Bila dah ada banyak tarikan, permintaan untuk penginapan turut meningkat. Banyak homestay/hostel yang kita boleh tengok ada di Sekinchan sekarang.

Begitulah bagaimana komuniti tempatan bangunkan tempat mereka. Kalau nak harapkan bantuan kerajaan berjanggut la nak tunggu. Atas inisiatif mereka sendiri, mereka cipta sesuatu.

Antara tarikan menarik di Sekinchan :

✅ Laman Tebu Aidil

✅ Sekinchan Coconut Farm

✅ Padi Box

✅ Triangle Farm Cottage House

✅ Pantai Redang Sekinchan

✅ MSekin Wonderland

✅ Pasar Jerami Ban Kenal

✅ Galeri Padi Sekinchan

✅ Ah Ma's House

Betapa besarnya kawasan sawah bendang di Sekinchan. Sejauh mata memandang. Jelapang padi yang mengunjur dari Tanjung Karang hingga ke Sabak Bernam.

Walaupun Kedah lebih terkenal dengan jolokan 'Negeri Jelapang Padi', tetapi sebenarnya hasil pengeluaran padi terbesar negara adalah dari Selangor.

📌 Parit 3 Sungai Burong, Sekinchan, Kuala Selangor

🚁 Shot on DJI Mavic Mini

#Sekinchan #Selangor #PaddyField #Malaysia #Drone #AerialView #TravelwithLemon8 #Lemon8Malaysia #lemon8travel #CutiBersamaLemon8