Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Keunikan Gulai Batang Pisang & Periuk 'Apollo'

Keunikan Gulai Batang Pisang & Periuk 'Apollo'

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
Keunikan Gulai Batang Pisang & Periuk 'Apollo' JPEG Download

Pernah dengar tentang Gulai Batang Pisang?

Meh sini abang cerita pasal keunikan Gulai Daging Batang Pisang yang terkenal di sekitar daerah Sik & Baling, Kedah.

Gulai ni menjadi sajian utama setiap kali majlis kenduri kahwin di Kampung Tupai, Sik Kedah, kampung kelahiran abang.

Gulai dimasak secara gotong-royong oleh masyarakat kampung. Selain itu, periuk nasi kukus 'Apollo' menjadi tarikan yang tersendiri.

Nasi kenduri di masak menggunakan periuk Apollo menggunakan teknik kukus bagi menghasilkan tekstur yang menarik & sedap untuk dimakan.

Gulai batang pisang ini sebenarnya sangat popular di kalangan masyarakat kawasan pedalaman Kedah terutama masyarakat di daerah Baling dan Sik.

Menu ini juga merupakan salah satu hidangan wajib yang selalu dihidangkan semasa majlis perkahwinan di daerah Baling dan Sik. Biarpun ia sangat popular dan mendapat permintaan ramai, namun tidak semua kedai makan atau restoran menyajikan menu ini.

Berikutan menu ini agak renyah serta rumit untuk disediakan, oleh sebab itu ia agak sukar di dapati di mana โ€“ mana kedai makan. Ini kerana bahan utama iaitu batang pisang agak sukar diperoleh kerana tidak semua batang pisang sesuai dibuat gulai.

๐Ÿ“Œ Kampung Tupai, Sik Kedah Darulaman

#Sik #Kedah #GulaiBatangPisang #Foodie #Apollo #Dapur #Periuk #TravelWithLemon8 #RayaLemon8 #berayawithlemon8